seismik

'Muka Cantik Tapi Bodoh' - Wanita Dikecam Kerana Letak Hantaran 15K Dalam Iklan Cari Jodoh

Nak kahwin pun, janganlah letak harga macam barang.

Cover image via SAYS

Seringkali menjadi isu perbualan, nilai hantaran sekarang bukan lagi perkara yang boleh dibuat gurau

Ingat lagi tak cerita tahun lepas tentang isu pengantin lelaki ditumbuk oleh ahli keluarga sebelah pengantin perempuan apabila duit hantaran tidak mencukupi?

Image via SAYS

Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

kosmo.com.my
Image via Oh! Media

Ingatkan dah habis dengan cerita lama, tapi tahun ini pun bangkit lagi isu hantaran ini. Baru-baru ini, isu hantaran telah menjadi viral di laman sosial apabila iklan milik seorang gadis jurutera disiarkan dengan status ingin mencari jodoh dengan nilai hantaran yang diletak sebanyak RM15K.

Image via imageshack.com

Biasalah bila satu cerita dah menjadi viral, ada yang suka dan ada yang tak suka. Sejurus apabila iklan ini tersebar, ramai jejaka Malaya memberi komen atas ketidakpuasan hati mereka terhadap demand hantaran yang ditetapkan oleh gadis 24 tahun tersebut. Kata mereka, harga hantaran itu terlalu mahal dan tidak masuk akal.

"Muka tak cantik mana pun, tak patut langsung letak harga sampai 15K"

Pelbagai komen dan cemuhan dilontarkan kepada gadis ini. Terdapat juga sindiran yang berunsur sensitif dan keterlaluan diberi kepadanya.

Image via Twitter

Tetapi, disebalik komen-komen negatif, ramai juga gadis lain yang turut bersetuju dengan demand price yang ditetapkan oleh gadis itu. Kata mereka, nilai hantaran perlu ditetapkan sebegini untuk motivate para kaum Adam bekerja keras bagi menunaikan permintaan pihak perempuan.

Image via Twitter

"Saya kena hack. Tolong berhenti kecam, tolong delete"

Selepas kecoh isu viral ini, gadis ini pula membuat kenyataan bahawa iklan beliau di laman 'Kelab Cari Jodoh Malaysia' tersebut adalah fitnah semata-mata. Menurut beliau lagi, beliau tidak pernah "menjual" dirinya di laman sosial dan akaunnya itu telah digodam.

Image via Facebook

Sudah. Yang mana satu betul ni?

Image via giphy.com

Bila sebut pasal kahwin, mesti wang hantaran dijadikan sebagai topik utama. Kenapa topik ini amat sensitif dalam kalangan masyarakat kita?

Bila berbual tentang isu wang hantaran ini, memang tak ada kesudahannya. Ada yang setuju dengan meletakkan nilai yang tinggi, ada juga yang merasakan wang hantaran itu hanyalah sekadar trend semata-mata. Tak kiralah pihak lelaki mahupun pihak perempuan, tetapi jika sebuah keluarga itu mementingkan adat istiadat Melayu maka terpaksa sajalah ikut kata putus ahli keluarga.

Image via SAYS

Adakah wang hantaran ini WAJIB dalam mendirikan perkahwinan?

Jawapannya, TIDAK. Menurut hukum agama Islam, seseorang lelaki yang ingin menikahi seorang perempuan hanya boleh memberikan wang hantaran mengikut kemampuan beliau sahaja.

Bak kata penulis buku agama, Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus, "sewajarnya kita fahami wang hantaran kahwin hanya termasuk perkara adat istiadat perkahwinan orang Melayu. Tiada nas daripada al-Quran mahupun Hadis menetapkan kewajipan memberi wang hantaran dalam majlis perkahwinan. Apa diwajibkan dalam Islam adalah mas kahwin atau mahar dan ternyata wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara berbeza”.

Atas sebab wang hantaran merupakan adat sahaja, topik ini telah menjadi isu sensitif dalam kalangan masyarakat kita. Bukan semua orang Melayu mengamalkan adat ini, bahkan ada antara kita yang tak kenal langsung dengan budaya warisan Melayu. Tapi bila timbul saja isu perkahwinan, semua orang mahu berbalik kepada adat istiadat Melayu.

Apa-apapun kami mendoakan agar gadis jurutera ini dapat bertemu jodoh yang baik dan soleh agar dapat memimpin rumahtangga yang bahagia

Image via Imgur

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap mengenai perkahwinan...

You may be interested in: