seismik

"Kasih Seorang Guru" - Bimbang Tak Belajar, Cikgu Ini Sanggup Redah Hujan Demi Anak Murid

Terima kasih Cikgu Noor Aniza, jasamu dikenang :)

Cover image via Wan Ridhuan Muhammad (Facebook)

Proses pembelajaran norma baru ketika ini bukanlah perkara yang mudah kepada pelajar

Lebih-lebih lagi, bukan semua pelajar mempunyai akses kepada internet. Sebagai guru, pastinya keadaan norma baru seperti ini menimbulkan rasa bimbang jika anak murid tidak belajar di rumah. 

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang lelaki memuat naik status dan beberapa keping gambar seorang guru di akaun Facebook milik peribadinya.

Cikgu Noor Aniza sanggup redah hujan berjumpa anak muridnya yang mengambil SPM tahun ini untuk memberikan modul pembelajaran

Menurut Wan Ridhuan Muhammad yang merupakan suami kepada Cikgu Noor Aniza, isterinya bimbang jika anak-anak muridnya yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini tidak belajar di rumah.

Cikgu Noor Aniza menyiapkan modul pembelajaran dan mengajak suaminya untuk menghulurkan kerja rumah kepada setiap anak murid. Sebanyak 7 perhentian dan 38 murid yang Cikgu Noor Aniza berjumpa untuk serahkan modul.

Walaupun hujan lebat, Cikgu Noor Aniza lega kerana niatnya tercapai dapat membantu anak muridnya untuk belajar di rumah.

"Setiap kali jumpa anak murid, keluar pesanan dari mulut si guru.."jangan lupa buat dan siapkan..nanti cikgu kutip semula," katanya.

Susulan tularnya posting itu yang kini mendapat 1,400 likes dan 475 shares di Facebook, Cikgu Noor Aniza dihujani pujian dan doa daripada netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Cikgu Noor Aniza yang sangat berdedikasi dan ambil berat tentang pelajarnya. 

Mereka mendoakan semoga jasa baiknya dibalas Allah SWT dan dilimpahkan rahmat serta rezeki. Ada juga yang berkata posting ini telah membuka mata mereka yang selama ini menuduh guru makan gaji buta saja. 

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Semoga semua anak murid Cikgu Noor Aniza dapat membalas jasa baiknya dan cemerlang dalam SPM nanti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: