seismik

KDN Nafi Dakwaan 17 Juta Data MyKad Telah Bocor & Dijual Di Dark Web

Dakwaan itu dipercayai tersebar melalui seorang pengguna laman X dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole.

Cover image via thesun.my & @stealthmole_int (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh sejak semalam, data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan dijual di dark web

Perkara itu didakwa oleh akaun di laman X yang dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole.

Menurut dakwaan tersebut, sampel MyKad yang dikongsi secara terbuka telah menimbulkan rasa bimbang orang ramai terhadap isu kecurian identiti dan risiko penipuan kewangan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta sebagaimana yang didakwa

Menurut laporan Sinar Harian, menterinya iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan telah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian keselamatan teknologi maklumat mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

"Dakwaan itu timbul daripada seorang pengguna media sosial, dia pamerkan beberapa MyKad yang dia kata 17 juta, tapi pamer beberapa keping.

"Saya segera semak, pertama dengan JPN bahagian berkenaan yang kedua, dengan bahagian keselamatan teknologi maklumat, kedua-duanya mengesahkan tiada insiden itu," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Image via thesun.my

Menurut beliau lagi, kerajaan memberi jaminan berkenaan integriti data terutamanya melibatkan maklumat penduduk di negara ini.

"Kita minta rakyat agar berhati-hati apabila menerima maklumat seperti ini. Mudah sekali sebar apabila tunjuk beberapa keping MyKad lepas tu kata 17 juta, lebih baik tidak disebarkan berita ini," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: