"Dah Tahu Miskin Nak Travel, B*ngang!" - Backpacker Minta Sedekah Di R&R Cetus Marah Ramai
Difahamkan, lokasi tersebut berlaku di R&R Ulu Bernam arah selatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, seorang pelancong backpacker lelaki dikecam ramai selepas dia meminta sedekah kerana tidak cukup duit untuk pulang ke negaranya
Menerusi ciapan di laman X, lelaki berkenaan siap meletakkan cardboard yang bertulis: "Hai, saya telah mengembara selama 9 tahun. Saya sangat rindu rumah, tolong bantu saya mengumpul wang untuk tiket dan makanan".
Ketika itu, dia dipercayai berada di R&R Ulu Bernam Arah Selatan dan meletakkan juga bekas untuk orang ramai memberi sumbangan duit kepadanya.
Susulan tularnya ciapan itu, ramai warganet berang dengan tindakannya kerana seolah-olah tidak membuat persiapan duit yang mencukupi sebelum travel
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada wargenet di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!