Kecewa Tiket Piala AFF Habis, Instagram Jay Chou ‘Diserang’ Ribuan Peminat Bola Sepak
Tiket terhad sangat.
Kecoh di media sosial apabila ramai peminat meluahkan rasa marah mereka kerana tidak dapat membeli tiket Piala AFF
Difahamkan, kesemua 59,000 tiket terjual untuk aksi separuh akhir Pertama Piala AFF Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Dalam satu ciapan di Twitter, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), memaklumkan, tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.
Hal itu ternyata telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan ramai yang tidak berpeluang untuk membelinya.
Tempat duduk terhad sebab beri laluan sediakan konsert Jay Chou
Dalam pada semua tidak sabar menantikan perlawanan itu, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa mereka dek kerana tempat duduk yang terhad.
Menerusi sumber, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman memaklumkan hanya 59,000 tiket yang dijual bagi perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand pada 7 Januari.
Sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.
Difahamkan, konsert penyanyi Taiwan itu akan berlangsung pada 15 Januari nanti.
"Semata-mata konsert terpaksa kosongkan lebih 27,000 kerusi" - Netizen
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka selepas ciapan itu dimuat naik. Ramai tidak berpuas hati tentangnya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 873 retweets, 410 quotes tweets dan 1,592 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!