seismik

28 Kenangan Manis Budak-Budak Asrama Yang Tiada Galang Gantinya. Serius Seronok!

#sayangketatsendatpadat.

Cover image via SAYS

1. Setakat kena suruh dengan senior tu dah jadi 'alah bisa tegal biasa' untuk budak-budak junior

Biasalah tu, dah nama pun junior kan. Mesti senior akan suruh basuhkan baju, gosokkan baju, kemaskan bilik, pergi ambil air kat DM, tolong urut badan, pergi beli makanan, dan macam-macam lagi.

Yang disuruh menyanyi pun ada jugak.

Image via SAYS

2. Masa PJ, budak-budak lelaki semua kena paksa main ragbi

Kalau anda nak tahu, SBP memang agak terkenal dengan sukan ragbi.

Dream team katanya.

Image via SAYS

3. Kau automatik akan jadi famous kalau kau power main ragbi

Lagi-lagi kalau kau main stand off. Ataupun kalau kau handsome.

Image via SAYS

4. Bosan duduk sekolah? Jom 'fly'!

'Fly' pergi CC sebab nak main game je sebenarnya. Lepas tu lepak mamak sampai ke pagi.

Panda Package.

Image via SAYS

5. Bila dah 'fly', pergi kelas esoknya semua barai

"Eh, pukul 1 dah? Ok jom balik."

Kaki-kaki fly.

Image via SAYS

6. Mesti akan ada sorang yang up-to-date dengan gajet-gajet terbaru

Nokia baru launch telefon baru? Dia yang akan beli dulu.
MP3 baru wujud? Dia terus beli.
iPod tu apa? Oh, dia dah beli dah.

Ini paling lejen!

Image via MotherLode458/YouTube

7. Kita akan dengar macam-macam versi cerita hantu yang penah terjadi kat sekolah

Paling popular semestinya nenek locker, makcik karipap, dan pontianak.

8. Lepas dengar cerita hantu, semua pakat nak tidur sambung katil...

Tidur bawah also can.

Image via SAYS

9. ... lepas tu, semua orang nak tidur kat tengah

Hati-hati siapa yang tidur kat hujung.

10. Siapa makan kat kantin hari-hari boleh dianggap kaya

Maklumlah, Dewan Makan atau DM dah sediakan makan minum 6 kali sehari. Jadi, buat apa nak makan kat kantin?

Image via SAYS

11. Bila ada Makan Beradab, kau rasa malam tu lah kau paling smart paling cantik sekali...

Image via SAYS

12. ... sama jugak masa dinner akhir tahun form 5

Gigih semuanya dress to impress. Hashtag #barunakup.

13. Ada prep petang dan prep malam

Jujurnya, 90% masa dihabiskan hanya untuk borak-borak atau tidur. #truestory

Sembang kencang.

Image via SAYS

14. Paling best, pergi kelas tak payah bawak beg berat-berat sebab dah ada personal locker kat belakang kelas

Tinggal nak beli mangga je. Bahaya kalau tak kunci locker nanti takut ada barang hilang secara automatik.

Image via SAYS

Eh, kenapa kunci dipanggil mangga ya? Ada siapa-siapa tahu?

15. Masuk Form 4, kita akan dapat kawan baru

Budak-budak Form 4 baru menambahkan lagi jemaah dalam batch. Misi utama, cari yang mana paling cantik dan paling handsome.

Image via SAYS

16. ... dan kehilangan rakan seperjuangan

Yang mana nak ambil subjek Akaun, terpaksalah tukar sekolah. Kebanyakan SBP tak ada accounting course.

Image via tumblr.com

17. Ada orang yang memilih untuk 'berjambu'

Jambu, atau lebih dikenali sebagai adik/abang/kakak angkat. Bila ada jambu, bolehlah lepak surau sama-sama sampai malam atau pergi makan sama-sama. Kan?

Image via tumblr.com

18. Students yang non-Muslims boleh kira pakai jari

Walaupun sikit, tapi diorang ni jugak yang paling pandai. Semua top scorer dalam kelas.

Yang kanan sekali tu bukan Cina.

Image via imgpaste.net

19. Mana yang rumah dekat, tiap-tiap minggu parents datang melawat

Inilah masanya untuk makan sedap-sedap! Mana yang jauh, terpaksalah menahan perut dan menahan rindu. Sob sob :'(

Aktiviti bila parents tak datang.

Image via SAYS

20. SBP lain semua kita anggap pesaing yang hebat. Agak anti jugak kadang-kadang.

Bila ada tournament, kita akan lawan sungguh-sungguh. It is a matter of life and death.

Image via tumblr.com

21. Kita cukup passionate dengan Rumah Sukan

Mana taknya, duduk dorm pun ikut Rumah Sukan masing-masing. Apa-apa pertandingan pun mesti mengikut Rumah Sukan.

Tapi kita semua kawan.

Image via SAYS

22. Sebelum pergi kelas, kena pastikan bilik kemas, barang tersusun, dan cadar mesti tegang

Ini pun masuk dalam markah Rumah Sukan taw. Jangan main-main.

Full mark!

Image via SAYS

23. Kacau member tidur kat surau memang dah jadi hobi

Nasiblah kalau tertidur. Sedar-sedar tengok kau tinggal sorang-sorang je kat situ. Member lain semua saja je jauhkan diri, lepas tu gelak ramai-ramai.

Baling songkok!

Image via SAYS

24. Kem motivasi itu, kem motivasi ini, klinik belajar itu, klinik belajar ini, dan sewaktu dengannya

Lagi-lagi bila dah masuk Form 5, berapa banyak kem entah nak kena pergi. Orang lain boleh balik, kau kena stay kat sekolah.

Image via SAYS

25. Tipulah kalau korang tak pernah main sorok-sorok dengan warden asrama

Sanggup cari port menyorok semata-mata sebab tak nak pergi prep, malas pergi surau, dan sebab nak skip perhimpunan.

Image via SAYS

26. ... tapi bila kantoi, you are finished!

Jatuh saham kalau kantoi. Lagi-lagi kalau kena denda depan khalayak ramai.

Image via photobucket.com

27. Karaoke everyday... in the toilet

Lagu Rock Kapak menjadi pilihan utama untuk dilaungkan beramai-ramai.

^ Salah satu lagu favourite.

28. Tak kiralah apa korang buat, segala moments di SBP memang tak boleh ditukar ganti!

Ramai yang mengaku zaman SBP adalah fasa yang terbaik dalam hidup mereka. #sayangketatsendatpadat

Anda setuju? Kongsikan kepada kami moment paling menarik sepanjang anda berada di SBP!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Masuk sekolah lelaki atau sekolah perempuan pun best jugak!

You may be interested in: