seismik

Kejam! Lelaki Di Indonesia Dibakar Hidup-hidup Selepas Dituduh Curi 'Speaker' Masjid

Terseksanya mangsa yang tak bersalah.

Cover image via SAYS via YouTube

Perbuatan secara melulu ini dipercayai berlaku di Kecamatan Babelan, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat, Indonesia pada Selasa lalu

Seorang pemuda dalam lingkungan usia 30-an dituduh mencuri tiga set pembesar suara dari sebuah masjid di daerah itu, Masjid Desa Muara Bakti.

Tertuduh kemudiaannya dikejar serta dibelasah oleh beberapa penduduk setempat dan kejadian ini sampai ke kemuncaknya apabila penduduk bertindak membakar hidup-hidup pemuda berkenaan sehingga tidak bernyawa.

Namun, apa yang menjadikannya lebih menyayat hati ialah apabila mengetahui pembesar suara itu sebenarnya adalah milik tertuduh

Difahamkan pemuda berkenaan yang dikenali sebagai MA, seorang pembaiki televisyen singgah sebentar untuk solat asar di masjid tersebut.

Dek kerana risau pembesar suara yang diletakkan di motosikalnya itu diambil orang, dia kemudiannya membawa masuk pembesar suara miliknya itu ke dalam masjid.

Nasibnya malang apabila beberapa individu yang berada di dalam masjid menyangka dia mencuri peralatan masjid. Tanpa menuntut sebarang penjelasan daripada MA, mereka bertindak mengejarnya sehingga ke Kampung Desa Bakti.

Dia kemudiaanya dibelasah dan dipukul dengan teruk terutamanya di bahagian kepala sebelum disimbah dengan minyak tanah dan dibakar hidup-hidup oleh orang ramai.

Click to Reveal
Hide
Image from YouTube
Image via YouTube
Click to Reveal
Hide
Image from YouTube
Image via YouTube

Pembesar suara masjid masih berada ditempatnya dan tidak dicuri oleh sesiapa

Hasil siasatan polis, pembesar suara di Masjid Desa Muara Bakti tidak hilang seperti yang didakwa beberapa individu yang membelasah mangsa.

Dan hasil bedah siasat melaporkan bahawa mangsa melecur 80% pada badannya akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan orang ramai.

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan telah menahan beberapa individu yang terlibat untuk membantu siasatan.

Ahli keluarga pasrah dengan kejadian yang menimpa MA dan yang lebih menyedihkan, dia mempunyai seorang isteri yang sedang hamil 7 bulan.

Click to Reveal
Hide
Image from YouTube
Image via YouTube

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua. Janganlah bertindak mengikut perasaan :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini pun telah banyak berlaku kes kekejaman di Indonesia:

You may be interested in: