Kejelitaan Puteri Bongsu Sultan Terengganu Ini Persis Wanita Melayu Terakhir. Cantik!
Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-19.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang terpersona dan kagum dengan kejelitaan dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini
Menerusi sumber melalui posting Instagram @terengganu_royalfamily telah memuat naik foto terbaharu Tengku Fatimatuz Zahra’ yang menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-19 pada 19 April lalu.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Beliau turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.
Sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi kerabat diraja di Malaysia
Bukan sahaja disebabkan lemah lembut dan sering mengukir senyuman manis, bahkan keperibadiannya juga sangat dikagumi.
Busana yang disarungnya terutama pakaian tradisional dan songket Terengganu yang indah juga sering menjadi perhatian ramai.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen rata-rata warganet sependapat bahawa Tengku Fatimatuz Zahra’ mewarisi kejelitaan bonda dan ayahandanya
Menerusi laman Instagram @terengganu_royalfamily, ramai yang memuji kecantikan dan kejelitaannya.
Berikut di bawah antara komen menarik warganet mengenai Tengku Fatimatuz Zahra’:
Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-19 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’!