“Kena Kemas Meja Sendiri” - Wanita Jelaskan Maksud Sebenar Service Tax & Charge Pada Resit
Ha, dah faham belum?
Sejak kita kecil, pasti rata-rata di antara kita menyangka bahawa tidak perlu kemas meja selepas makan di restoran F&B bukan?
Iyalah, mungkin ramai menyangka akan ada pekerja-pekerja yang datang tolong kemas dan bersihkan meja.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pelanggan yang meninggalkan meja dalam keadaan bersepah telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Ingatkan memang ada pekerja bersihkan, rupa-rupanya mereka tidak dibayar untuk itu
Menerusi penjelasan @lellullizms di TikToknya, dia juga turut menjelaskan maksud service tax dan service charge yang tertera pada resit restoran Food and Beverage (F&B).
Dia juga turut menjelaskan bahawa rata-rata restoran fast food terkenal seperti McDonald's dan KFC hanya mengenakan service tax sahaja dan pelanggan disarankan untuk kemas meja selepas habis makan.
Manakala, restoran yang mengenakan service charge pada resit pula kebiasaaannya membayar pekerja-pekerja untuk membersihkan meja selepas pelanggan makan.
"Kami memang makan kemas sendiri, sebab nak mudahkan kerja orang lain" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 423.8K tontonan, 25.6K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok, rata-rata ramai netizen yang tidak tahu berkenaan hal tersebut.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!