seismik

“Kerajaan Diminta Lanjutkan Moratorium Selama 6 Bulan Lagi” - Lim Guan Eng

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, langkah ini bagi memastikan setiap individu dan perniagaan mempunyai lebih masa untuk menyusun semula kewangan mereka.

Cover image via The Sun Daily

Hari ini, bekas Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng telah membahaskan tentang isu kerajaan perlu mempertimbangkan lanjutan tempoh moratorium pinjaman atau pembiayaan selama enam bulan lagi

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Malaysian Reserve

Menurut laporan, Lim Guan Eng berkata demikian supaya langkah ini dapat memastikan bahawa setiap individu dan perniagaan mempunyai lebihan masa yang panjang untuk menyusun semula kewangan mereka.

“Ini berikutan ekonomi ini sedang mengalami kelembapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang mengakibatkan rakyat kehilangan pekerjaan,” katanya.

Selain itu, beliau juga memohon agar pihak kerajaan mendedahkan kedudukan imbangan akaun semasa

Lim Guan Eng.

Image via New Straits Times

“Saya mohon kerajaan memaklumkan berapa imbangan akaun semasa kita, sama ada defisit atau lebihan, selepas pendapatan negara menjunam akibat kesan pandemik Covid-19.

“Pada suku pertama 2020, pendapatan negara susut kira-kira 29 peratus kepada RM45.3 bilion dan defisit fiskal dijangka meningkat kepada enam peratus,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak kerajaan perlu mengimbangi pembelajaan negara khususnya ketika menghadapi tempoh krisis. Tambahan pula, disebabkan perbelanjaan bertambah dan pendapatan berkurangan, kerajaan disarankan untuk menyemak kembali Belanjawan 2020.

Apa pendapat anda tentang lanjutan moratorium ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Apa yang akan terjadi setelah moratorium tamat?

Baca juga:

You may be interested in: