seismik

Kerajaan Pahang Mahu Hubungi Pencipta 'Jujutsu Kaisen' Lepas Viralkan Kuantan Dalam Anime

Bukan senang nak ada nama Malaysia dalam anime.

Cover image via X & Prihatin Spanco

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Kuantan yang trending di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas disebut dalam sebuah anime Jepun terkenal, Jujutsu Kaisen dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Rabu lalu

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man, berkata, justeru, kerajaan Pahang mengambil kesempatan mempromosikan Kuantan, khususnya pantai di daerah itu.

Tambahnya, kerajaan negeri sedang berusaha menghubungi pencipta anime berkenaan susulan ada peminat yang mencadangkan tugu peringatan dibina di pantai Kuantan.

"Kerajaan negeri tidak mengambil mudah perkara itu kerana perlu mendapat kelulusan daripada pencipta anime itu.

"Oleh itu, kita harap dapat keputusan daripada penciptanya supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru kepada peminat anime seluruh dunia," katanya.

Image via X

Untuk pengetahuan anda, negeri Pahang, Kuantan menjadi trending di platform media sosial selepas ia disebut oleh salah satu watak siri anime popular pada satu episod terbaharu.

Malah, Kuantan turut mendapat perhatian global apabila namanya disebut dalam episod terbaru anime popular, Jujutsu Kaisen musim kedua yang mana turut ditayangkan menerusi Netflix.

Dalam episod ke-42 itu, watak dalam anime itu, Kento Nanami menyebut dia ingin melawat pantai di Kuantan, Malaysia sebelum kematiannya.

Lihat video anime itu di bawah:

Makin ramailah pelancong datang Kuantan lepas ini kalau betul akan dilaksanakan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: