seismik

Kes Pukul OKU Di Pasar Tani, Lima Lelaki Mengaku Bersalah & Didenda RM2,000

Sebelum ini, video mengenai kejadian itu tular di media sosial.

Cover image via Berita Harian & Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pukul melibatkan lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah pasar pagi didenda RM2,000

Manakala seorang lagi minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kemaman pada Isnin lalu.

Menerusi laporan, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kesemua tertuduh sebelum ini telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tangkap layar memaparkan beberapa individu memukul lelaki OKU mental yang dikatakan terlanggar sebuah gerai di Pasar Tani.

Image via Kosmo

"Pada Isnin lalu, seramai enam individu ditahan berhubung kes tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman. Lima lelaki tersebut mengaku bersalah manakala seorang lagi minta dibicarakan.

"Kesemua yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang dan mereka telah membayar denda tersebut.

"Jadi kita menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar. Pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil," katanya.

Image via Kosmo

Sebelum ini media melaporkan kejadian seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di Pasar Pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, Kemaman sekitar jam 9.30 pagi.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal memasuki tapak jualan dan terlanggar sebuah gerai, menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh dan bertaburan di jalan.

Susulan daripada kejadian itu, beberapa individu yang berada di lokasi dipercayai telah bertindak dengan memukul mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Insiden terbabit telah menarik perhatian selepas tularnya rakaman video itu di media sosial dan mencetuskan kemarahan ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: