Tiada Lagi Lokasi Ikonik, Sri Pentas Kini Ditutup Sepenuhnya Lepas 3 Dekad Beroperasi
Selamat tinggal Sri Pentas!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama, Petaling Jaya akhirnya ditutup sepenuhnya sebagai pusat operasi berita bagi rangkaian televisyen Media Prima Berhad (Media Prima)
Menerusi laporan Berita Harian, Penutupan itu berkuat kuasa semalam dan menandakan berakhirnya era lebih tiga dekad penyiaran dari lokasi ikonik itu.
Difahamkan, penutupan itu adalah susulan perpindahan fasa terakhir semua kakitangannya ke Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di 31 Jalan Riong, Bangsar yang selesai pada 17 Februari lalu.
Kini bersiaran di lokasi baharu
Media Prima kini secara rasmi bersiaran penuh dari lokasi baharu itu sejak 21 Oktober 2024.
Langkah tersebut menyatukan operasi rangkaian televisyen TV3, 8TV, TV9, dan Didik TV di bawah satu bumbung bersama platform media cetak dan digital NSTP seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Malah, perpindahan ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan integrasi antara platform berita tetapi juga menawarkan studio dengan peralatan terkini dan baharu.
Ia sekali gus menjadikan Media Prima lebih bersedia untuk mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat media inklusif di Malaysia.
Televisyen kini bersiaran langsung di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).
Image via Harian MetroLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!