seismik

Niat Nak Buat Ibadah Korban Tak Kesampaian, Warga Emas Maut Disondol Lembu Kesayangan

Difahamkan, mangsa disondol lembu pada bahagian kaki.

Cover image via Harian Metro & Facebook (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harapan seorang warga emas untuk membuat ibadah korban lembu peliharaan tidak kesampaian apabila dia maut disondol haiwan itu

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Kampung Bunut Satut, Kadok pada 19 Februari yang lalu.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Amin Sulaiman, 75 disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian peha selepas ditanduk lembu baka jenis Charolais.

Adik mangsa memberitahu ketika kejadian dia sedang solat Asar sebelum menemui abangnya terbaring berlumuran darah kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

Dia kemudian memanggil sepupu mereka yang kebetulan baru sampai di rumah.

Mustafa (kanan) bersama sepupu, Muhamad Zainun (kiri) menunjukkan tali lembu dan tempat arwah abangnya, Mohd Amin maut disondol tanduk lembu dalam kejadian di Kampung Bunut Satut, Kadok.

Image via Harian Metro

Hasrat nak buat ibadah korban tak kesampaian

Difahamkan, mangsa telah disondol lembu berkenaan pada bahagian kaki.

"Kami berdua sempat ajar arwah abang mengucap dua kalimah syahadah sebelum abang menghembuskan nafas kira-kira 20 minit kemudian," katanya.

Tambahnya, lembu itu menjadi kesayangan arwah kerana dipelihara sejak tiga tahun lalu. Malah, menurutnya setiap hari arwah akan memberi lembu kesayangan makan namun tidak pernah berdepan ancaman daripada haiwan itu.

Sebelum ini, arwah pernah menyatakan hasrat membeli lembu untuk dipelihara dan dibuat korban bagi mencari pendapatan menampung kehidupan dua beradik itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: