seismik

Warga Asing Tak Layak Nikmati Subsidi Tambang Percuma BAS.MY, Perlu Bayar Kadar Biasa

Warga asing perlu membayar tiket seperti biasa mengikut kadar tambang, jarak dan sebagainya.

Cover image via Sinar Harian & Bus Interchange

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Warga asing tidak layak untuk menikmati tambang subsidi menerusi perkhidmatan bas henti-henti BAS.MY

Justeru, mereka perlu membayar tambang pada kadar biasa apabila menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu pas bulanan perjalanan tanpa had disediakan kerajaan pada kadar RM50 untuk tempoh sebulan.

Ia tidak boleh dinikmati oleh warga asing apatah lagi tambang percuma seperti yang tersedia kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, dan pelajar.

"RM50 yang kita (kerajaan) subsidikan itu hanya untuk warganegara Malaysia. Kalau warga asing mereka kena bayar tiket seperti biasa mengikut kadar tambang, jarak dan sebagainya," katanya.

Image via Utusan

BAS.MY diperkenalkan sebagai usaha mengurangkan beban rakyat

Menurut Anthony, pas perjalanan tanpa had pada kadar RM50 iaitu Kad 30 Hari BAS.MY diperkenalkan adalah sebagai usaha mengurangkan beban rakyat di negara ini terhadap kos pengangkutan awam.

Dengan pengenalan ini ia diunjur dapat menjimatkan kos pengangkutan antara RM100 hingga RM150 sebulan.

"Kos pengangkutan memang merupakan salah satu komponen kos sara hidup. Jadi memang kerajaan bersungguh-sungguh meringankan beban rakyat agar kos sara hidup ini dapat diturunkan dengan adanya perkhidmatan seperti ini.

"Bayangkan seorang pekerja kalau mereka tinggal di Kampar atau Kuala Kangsar dan datang kerja di Ipoh menggunakan kad tanpa had RM50 ringgit sebulan iaitu tidak sampai RM2 sehari. Jadi ia penjimatan yang banyak kepada mereka dan sesuatu yang saya rasa amat membantu kepada golongan pekerja," katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Kosmo

Difahamkan, kad konsesi BAS.MY, menawarkan tambang percuma kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas, golongan kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah berusia 7 hingga 17 tahun.

Tambah beliau, keistimewaan tambang percuma itu juga diperluaskan kepada golongan mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi, seperti diumumkan Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025.

Sementara itu, pelaksanaan BAS.MY Ipoh akan membabitkan lima kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Batu Gajah dan Majlis Daerah Perak Tengah.

Melalui inisiatif itu, sebanyak 51 bas baharu terdiri 14 bas mini dan 37 mini low floor akan digunakan yang membabitkan nilai perbelanjaan RM13.17 juta setahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: