seismik

Siap Jadi Yuna & Diva AA, Jarjit Kini 'Takluki Dunia', Trending Di Twitter Bersama Pantun

Lawak sungguh!

Cover image via Twitter @AimanAfiff

Siapa sahaja yang tidak tahu dengan siri animasi popular tanah air, Upin & Ipin

Animasi Upin & Ipin yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production ini telah berjaya menambat hati bukan sahaja dalam kalangan penonton kanak-kanak malah juga orang dewasa.

Untuk peminat tegar rancangan ini, anda pastinya sudah mengenali setiap watak di dalam kartun tersebut iaitu daripada pasangan kembar Upin dan Ipin sehinggalah ke watak rakan-rakan sepermainan dan juga penduduk kampung.

Apa yang menariknya, animasi ini banyak mengangkat semula permainan tradisional yang sering dimainkan kanak-kanak ketika zaman awal tahun 2000. Malah bukan itu sahaja, ia juga turut mengetengahkan banyak tradisi yang sering diamalkan oleh masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum di mana ia secara tidak langsung membuatkan animasi ini lebih menarik dan lain dari yang lain.

Dalam animasi ini, selain Upin dan Ipin, antara watak lain yang turut mendapat perhatian penonton adalah rakan-rakannya seperti Mail, Ijat, Jarjit, Fizi, Ehsan, Mei Mei, Susanti dan Devi

Image via Afuan Blogspot

Setiap daripada mereka ini memainkan watak dan peranan masing-masing bagi menambah keseronokan di dalam siri kartun tersebut.

Selain Mail yang sering dengan dialog popularnya "dua singgit", watak lain yang turut meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton adalah Jarjit.

Jadi di sini, kami sertakan kepada anda sebahagian daripada pantun ala-ala Jarjit yang dibuat oleh netizen

Penonton bagi animasi ini pasti sudah mengetahui watak yang dibawa oleh Jarjit, iaitu seorang kanak-kanak yang sangat bijak berpantun

Image via Brilio

'Jarjit' mungkin sudah boleh 'berbangga' apabila dia kini sedang trending di dalam Twitter.

Mana tidaknya, sejak semalam, netizen di Twitter 'bertungkus-lumus' saling berbalas pantun persis Jarjit dengan menggunakan karakter yang berbeza-beza.

Kreativiti yang dibuat oleh pengguna-pengguna Twitter ini secara tidak langsung telah membuatkan ramai terhibur dan berasa geli hati dengan setiap pantun yang direka.

Jadi di sini, kami sertakan kepada anda sebahagian daripada pantun ala-ala Jarjit yang dibuat oleh netizen.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca artikel berkaitan lain di bawah:

You may be interested in: