seismik

Pernah Viral Di Internet, Kisah Adik Syukor AKA 'Mowgli Malaysia' Bakal Jadi Telemovie!

Karya yang bakal ditayangkan di kaca televisyen itu akan terdiri daripada barisan pelakon-pelakon berbakat seperti Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su, serta Emelda Rosemila.

Cover image via https://www.facebook.com/syukorkhamis/

Ingat lagi 'Mowgli Malaysia' yang pernah viral di laman-laman sosial suatu ketika dahulu?

'Mowgli Malaysia', gelaran yang telah diberikan kepada adik Mohd Syukor Khamis kerana pernah menggegarkan negara awal tahun ini apabila gambarnya bersama haiwan-haiwan ternakan telah memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.

Gambar yang telah memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards.

Image via SIPA Contest

Bukan itu sahaja, gambar yang sama turut dinobatkan antara pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia/Jalanan (Street/People).

Menurut adik Syukor, dia memang sudah rapat dengan haiwan-haiwan ternakan milik bapanya itu sejak berusia empat tahun lagi

Ibarat watak cereka Mowgli, adik Syukor bukan sahaja rapat dengan kerbau bahkan lembu, kambing, angsa dan haiwan-haiwan lain turut dianggapnya sebagai sahabat sehinggakan haiwan-haiwan itu diberikan nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy.

Remaja berusia 14 tahun itu turut mengakui berbual dengan haiwan-haiwan itu seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.

Terkini, sebuah syarikat produksi telah mendapat ilham dan mengadaptasikan kisah adik Syukor dalam bentuk telemovie!

Telemovie yang diberi judul ‘Budok Kuba’ (Budak kerbau) itu dikatakan bakal ditayangkan pada 20 Julai ini yang mana mengisahkan tentang konflik kekeluargaan dan nilai kasih sayang.

Karya yang bakal ditayangkan di kaca televisyen itu akan terdiri daripada barisan pelakon-pelakon berbakat seperti Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su, serta Emelda Rosemila.

Menariknya, adik Syukor sendiri turut berlakon dalam telemovie tersebut, memainkan watak utama bernama Ammar!

Power adik Syukor!

Tak sabar nak duduk depan TV tengok Mowgli versi Malaysia!

Image via Giphy

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment