Adik Syukor Digelar Si 'Budak Koboi' Dan Terima Anugerah Murid Unggul Di Sekolah

Dia juga dikatakan sering menjadi 'buruan lensa' jurugambar dari dalam dan luar negara sejak beberapa tahun lepas.

Jurugambar profesional iaitu Nazri Sulaiman telah dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik

Gambar tersebut tular dengan adanya remaja berusia 14 tahun, Mohd Syukor Khamis yang berasal dari Kuala Terengganu dan juga dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia'.

Menarik sangat bila tengok semua gambar-gambarnya yang ditangkap serta menunjukkan betapa mesranya adik Syukor bersama haiwan-haiwan ternakan bapanya itu.

Image via SIPA Contest

Paling menarik, baru-baru ini adik Syukor telah menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu sejurus gambarnya bersama sekumpulan kerbau itu tular di media sosial

Image via Astro Awani

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin itu telah diraikan dalam satu majlis penganugerahan ringkas yang disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu iaitu Jelani Sulong.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, adik Syukor turut meluahkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru dan rakan-rakan di atas penghargaan yang diterima.

Adik Syukor juga turut merasa bangga selepas gambar-gambarnya menjadi viral sehinggakan ramai yang bertanyakan bagaimana cara dia berinteraksi dengan haiwan sejak kecil

Malah, sehingga kini gambar adik Syukor telah menjadi buruan setiap jurugambar dalam dan luar negara sejak beberapa tahun lepas.

Populariti ini juga telah diraih selepas gambar yang menunjukkan dia berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan bapanya tular di media sosial.

Image via astroawani.com

Gambar adik Syukor juga telah mendapat perhatian selepas ianya muncul sebagai juara peringkat Asia dan digelar sebagai 'Syukur The Kampung Boy' oleh masyarakat.

Dia juga berkata bahawa anugerah yang diterima ini diharapkan mampu memberikan motivasi kepada dirinya dan juga inspirasi kepada rakan-rakan yang lain supaya menyantuni haiwan kerana ianya juga mahkluk ciptaan Allah.

Tonton video di bawah ini untuk temu bual ekslusif bersama adik Syukor:

Bukan setakat itu sahaja, pengetua sekolahnya juga turut berkata bahawa anugerah yang diterima memang bertepatan dengan nilai yang ada dalam diri adik Syukor

“Kita juga mempunyai perancangan yang teratur supaya tahap pendidikan Syukor yang kini berada pada tahap sederhana dapat ditingkatkan menjadi pelajar cemerlang,”
Zah Mohamad, Pengetua sekolah

Tahniah, adik Syukor Khamis - The Kampong Boy!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment