seismik

"Petang Kata Nak Tukar, Malam Terus Rosak" - Kompilasi Kisah Kereta & Handphone 'Merajuk'

Rupa-rupanya bukan kereta atau telefon bimbit sahaja yang merajuk, tapi barangan lain seperti cermin dan TV pun ada hati serta perasaan juga.

Cover image via Twitter @cringemalaysian

Korang pernah dengar tak yang telefon bimbit pun boleh merajuk?

Tidak pun mesti pernah dengar orang kata, jangan bercakap untuk membeli telefon bimbit baru depan telefon bimbit yang sedang diguna pakai sekarang kalau tak nak ianya buat perangai.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Twitter @yourstruleys

Sama juga dengan kes kereta. Jangan cakap nak menjual kereta di dalam kereta yang hendak dijual, takut nanti kereta itu merajuk.

Tapi sebenarnya betul ke pesanan itu?

Rasa macam tak nak percaya tapi mesti anda juga pernah alami situasi di mana tengah enak bercakap atau merancang untuk menjual kereta, tiba-tiba kereta mula meragam.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via OhBulan

Sama ada kereta rosak pada mana-mana bahagian ataupun tak pasal-pasal terus terlibat dalam kemalangan.

Baru-baru ini, perkara yang sama telah dibincangkan di laman Twitter

Topik perbincangan ini sebenarnya telah dimulakan oleh akaun Twitter @cringemalaysian yang bercakap tentang bagaimana telefon bimbit tiba-tiba jatuh, gara-gara tuan kepada phone itu bercadang untuk menukarnya.

Susulan daripada itu, ternyata rata-rata pengguna internet mula berkongsikan kisah dan pengalaman masing-masing di mana barangan mereka mula 'buat perangai' ekoran tersalah cakap. Turut ada netizen yang siap bagi nasihat lagi!

Rupa-rupanya bukan kereta atau telefon bimbit sahaja yang merajuk, tapi barangan lain seperti cermin dan TV pun ada hati serta perasaan juga.

Di bawah kami kumpulkan beberapa tweet menarik yang dikongsikan netizen. Jom baca!

1. Petang kata nak beli phone baru, malam terus rosak

2. Jangan maki phone. Terus ia hilangkan diri!

3. Kata nak tukar phone secara main-main pun tidak boleh, ya!

4. Phone dia ni kena curi, betul-betul lepas dia kata nak beli phone baru

5. Sedihnya phone crash waktu tengah main game!

6. Itulah, lain kali pakaikan screen protector pada phone terus

7. Phone tengah merajuk lah tu lepas tahu bakal digantikan

8. Sekurang-kurangnya phone ini boleh terima kenyataan bakal dianak tirikan

9. Kereta pun sama. Jangan puji kereta lain depan kereta anda.

10. Sedihnya kereta ini merajuk

11. Bijak dia ni. Kutuk kereta bukan dalam kereta.

12. Siapa yang tak percaya, boleh try

13. Dengan motosikal pun jangan cari pasal, ya!

14. Laptop dia ini boleh pula cemburu dengan phone baru

15. Rupa-rupanya jam, TV, cermin, serta peralatan elektronik pun ada hati dan perasaan tau!

16. Oleh itu, layanlah peralatan elektronik anda sebaik-baiknya

Sama ada semua ini berlaku secara kebetulan ataupun peralatan elektronik yang kita pegang selama ini benar-benar 'hidup', itu terpulang kepada anda untuk menentukannya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: