seismik

Rakan Baik Kongsi Video 3 Hari Sebelum Abam Pergi, Netizen Perasan Sesuatu Yang Janggal

Selalunya bila dah tiada, baru kita perasan kelakuan seseorang tu lain.

Cover image via The Star Online Instagram @pojie.pidon

Pemergian Allahyarham Abam Bocey pada Isnin lalu masih meninggalkan kesan yang amat mendalam buat masyarakat di negara ini

Image via Viwanita Press

Di media sosial, rata-rata warganet masih tidak lekang menceritakan keperibadian mulia Allahyarham ketika hayatnya meskipun insan itu sudah pergi sejak beberapa hari yang lalu.

Bukan itu sahaja, satu per satu amalan dan kebaikan arwah didedahkan teman rapat dan kenalan arwah sehingga membuatkan netizen kagum dan cemburu dengan kematiannya.

Susulan daripada pemergian mengejut Allahyarham itu, satu video yang sangat menyentuh hati telah dimuatnaik oleh rakan baik arwah sehingga mendapat perhatian netizen

Menerusi posting yang dibuat Pojie Pidon di laman Instagram miliknya itu, dia berkongsikan semula sebuah video pendek dirinya bersama Allahyarham Abam.

Apa yang menyedihkan, video tersebut adalah kenangan terakhir dia bersama arwah malah ia sempat direkodkan tiga hari sebelum Abam pergi buat selamanya.

Berdasarkan kaspyen yang dibuat individu ini, dia berkata bahawa video itu dirakamkan ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Lebih memilukan, dia berkata percutian singkat itu adalah percutian terakhir dia bersama arwah.

"Plan asalnya kami nak balik hari je. Tah macam mana Abam kata nak cari hotel. Jadilah percutian sekejap. Tak sangka ini percutian terakhir," katanya.

Perkongsian video pendek daripada teman rapat Abam itu bagaimanapun telah membuatkan netizen menyedari sesuatu tentang arwah

Rata-rata daripada mereka yang menonton video itu mulai perasan tentang kelainan pada wajah dan juga kelakuan arwah yang dianggap sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

Sejak ia dikongsikan, video itu telah mendapat lebih daripada 170 ribu tontonan di Instagram.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmatNya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment