seismik

"Lakonan Jadi Doa & Nyata" - Lokasi Penggambaran Adalah Sama Dengan Musibah Tsunami

"Penggambaran short film ini telah dibuat pada 4 tahun yang lalu di lokasi yang sama musibah tsunami tersebut berlaku iaitu di Pulau Anyer." - Tya Arifin.

Cover image via YouTube / Cameo Project

Kejadian Tsunami yang melanda Selat Sunda baru-baru ini mengakibatkan ratusan rakyat Indonesia telah terkorban termasuk tiga orang anggota kumpulan yang dikenali sebagai Seventeen Band

Image via Tribunnews

Tiga daripada empat ahli kumpulan Seventeen tersebut telah tewas ketika kejadian tsunami itu melanda. Manakala penyanyi utama iaitu Ifan (dua dari kiri) kini tinggal seorang diri kerana beliau juga telah kehilangan isteri tercinta termasuk semua ahli kumpulannya.

Seventeen Band juga dikatakan telah berkarya hampir 20 tahun.

View this post on Instagram

Terimakasih Kawan Seventeen.. . @ks_indonesia - Kami dari KAWAN SEVENTEEN INDONESIA Mewakili Gitaris Bang Herman, Bassist Bang Bani, Drummer Bang Andi, Road Manager Bang Oki dan Crew Bang Ujang serta Kak Dylan (Istri Bang Ifan). . Kalau @seventeenbandid selama 20 tahun kurang 20 hari, mereka dalam berkarya ada salah tutur kata maupun perbuatan yang kurang berkenan, Kami memohon maaf yang sedalam-dalamnya. . Mohon do'anya untuk Bang Herman, Bang Bani, Bang Andi, Bang Oki, Bang Ujang, dan Kak Dylan semoga mereka husnul khotimah dan ditempatkan disisi Allah yang paling mulia. Kami sayang mereka tapi Allah lebih sayang mereka. . Dan buat Bunda @julianamoechtar istri Bang Herman, Bunda @cindriwhy istri Bang Bani, Bunda @dewi_windu istri Bang Andi, Bunda Novi istri Bang Oki, Bunda Dewi Puspita istri Bang Ujang, dan Bang @ifanseventeen suami Kak Dylan. Kuat, tabah dan ikhlas, almarhum dan almarhumah sudah tenang di syurga-Nya. . Bang Ifan yang kuat, tabah, tegar, sabar, ada kami KAWAN SEVENTEEN, akan selalu ada disamping abang, mensupport abang. Keep strong yaaa bang. Terima kasih karyamu dan dedikasi kalian yang telah menghibur kami Kawan Seventeen & Masyarakat Indonesia. . Sekali lagi mohon beribu maaf apabila ada kesalahan almarhum dan almarhumah dan mohon do'anya. . WE ARE SEVENTEEN! SEVENTEEN & KAWAN SEVENTEEN . #WeAreSeventeen #SeventeenBand #SeventeenBandID #KawanSeventeen #SeventeenBerduka

A post shared by SEVENTEEN Band (@seventeenbandid) on

Musibah ini juga turut memberi kesan kepada menantu Dato' Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin

Malah, dia juga berkongsikan bahawa lokasi musibah itu adalah lokasi yang sama dengan penggambaran filem pendek berjudul 'Earthbound' iaitu filem tentang tsunami yang dilakonkan sekitar empat tahun yang lalu.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Memang tidak disangka ianya berlaku di tempat yang sama iaitu Pulau Anyer. Tya juga menyuarakan bahawa dia kini merasa lebih dekat dengan mangsa yang telah terkorban ketika kejadian tersebut.

"Seolah-olah yang dilakonkan menjadi doa serta nyata..." - Pengguna Instagram

Tonton klip penuh filem pendek arahan Robin Shou iaitu ‘Earthbound’ ini di bawah:

Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: