Lebih 12K 'Shares', Lelaki Ini Kongsikan Tips Betulkan Peti Sejuk Dengan Modal RM12 Sahaja
Jimat sangat!
Peti sejuk merupakan salah satu perkakas rumah yang sangat penting
Boleh dikatakan, peti sejuk ini wajib ada di dalam setiap rumah bagi memastikan barangan makanan disimpan dalam keadaan yang elok dan tahan lama.
Namun sudah menjadi lumrah, peti sejuk ini kadang-kala akan 'meragam' dan mulai rosak selepas sekian lama menggunakannya. Sebagai contoh, bahagian beku tidak lagi sejuk seperti yang sepatutnya dan bahagian bawah pula tidak memberikan suhu seperti yang dikehendaki.
Untuk membaiki peti sejuk ini, pasti ramai yang menyangka bahawa ia sukar dan akan mengeluarkan bajet yang tinggi. Apatah lagi jika kita mengupah orang untuk membaiki peti sejuk tersebut bukan? Pasti harganya mahal.
Sebab itulah ada di antara individu di luar sana yang kadang-kala lebih rela membeli sebuah peti sejuk yang baru berbanding membaikinya sahaja.
Namun sebenarnya, kita boleh membaiki sendiri peti sejuk yang sudah rosak dengan bajet yang sangat murah tau!
Di Facebook, seorang lelaki menunjukkan cara bagaimana untuk membaiki sebuah peti sejuk yang sudah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dengan hanya bermodalkan RM12 sahaja.
Meskipun baru sahaja dikongsikan, tips yang diberikan individu bernama Jannatun Naim ini telah mendapat lebih daripada 12 ribu shares.
Jom baca tips yang sepenuhnya di bawah ini:
Penah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi dekat bawah tak sejuk pun, tak pun atas bawah kurang sejuk?
Jadi saya nak kongsi sikit, selalunya yang jadi masalah ialah, defrost thermostat / defrost sensor yang rosak. Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ni. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Benda yang perlu:
- off power weyyyy, mati keras satgi
-Screwdriver philip
-cable tie
-defrost thermostat
- shirnk tube/ selotip hitam
-hair dryer optional
Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.
Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas, senang nak buang ais yang cair tu.
Ok.. Dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu? Haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.
Ok ni keadaan sensor tu.. Yg bawah tu, baru punya.
Ok. Macam ni.
Potong wire yang asal tu. Lepastu sambung pada yang baru. Jangan risau takda polarity. Bubuh ja ikot suka hampa. Kemaskan Guna heat shirnk tube (wana hijau tu), kalau takda bole guna cellotape hitam pon takpa.
Letakan pada posisi asal, bhg metal sensor tu hala ke bahagian bawah ye. Guna kable tie, ikat balik kemas-kemas, supaya tak bergerak-gerak. Tutup balik cover.. Ha siapla.. Senang kan.
P/s: Yang tiub belah bawah tu pula nama dia thermal fuse. Macam fius besar untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ni auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yang terjadi masa compressor off.