Tak Boleh Duduk Diam, Gadis Dedah Ibu & Bapa Cuba Pelbagai Aktiviti Sepanjang PKP Di Rumah
Dalam rangkaian tweet, Shafika Tahir telah memuat naik beberapa gambar aktiviti yang dilakukan ayahnya termasuklah menanam sayur-sayuran dan menjemur ikan.
Pejam celik pejam celik kini sudah hampir 2 minggu kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan salah satu usaha yang dibuat bagi membentung penularan wabak Covid-19 daripada terus menjangkiti rakyat Malaysia.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, rutin harian semua golongan sudah tentunya terbatas. Semua rakyat perlu memikirkan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah bagi mengelak kebosanan.
Tidak dapat dinafikan, kini rata-rata rakyat Malaysia dilihat menggunakan rangkaian media sosial sebagai medium untuk menghilangkan rasa bosan sewaktu duduk berkuarantin di rumah.
Menerusi laman Twitter, seorang gadis telah berkongsikan beberapa aktiviti yang dilakukan oleh ayah dan ibunya sepanjang duduk berkuarantin di rumah yang telah menarik perhatian warga Internet
Dalam rangkaian tweet, pengguna Twitter @imagishary atau Shafika Tahir telah memuat naik beberapa gambar aktiviti yang dilakukan ayahnya termasuklah menanam sayur-sayuran dan menjemur ikan.
Tidak ketinggalan, ibu Shafika itu selaku ketua keluarga interim juga rajin membuat roti sepanjang perintah kawalan ini berlangsung.
Siap berkongsikan resepi rotinya lagi untuk makluman semua!
Boleh dikatakan memang tidak senang duduklah, ada sahaja aktiviti yang dilakukan kedua ibu bapa Shafika sehingga dia sendiri sudah tidak terkira.
Lagi beberapa gambar yang dikongsikan gadis itu melalui laman Twitternya.
Ternyata, rata-rata warganet yang kagum, dan memuji ayah serta ibu Shafika kerana menggunakan masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah
Antara reaksi positif dan menarik daripada warga Twitter: