"Tiada Peneman..." - Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Kedua Ketika Fasa Covid-19
Alhamdulilah semuanya selamat.
Seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan daripada penularan wabak coronavirus Covid-19
Perintah tersebut telah dilaksanakan sejak dari 18 Mac lalu dan dijangka ditamatkan pada 14 April ini.
Susulan daripada perintah tersebut, setiap individu tidak dibolehkan untuk melakukan sebarang aktiviti sosial, keluar rumah tanpa alasan yang kukuh, dan pelbagai lagi.
Tujuan perintah itu dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ketika ini.
Susulan daripada perintah kawalan tersebut, seorang wanita turut menceritakan pengalamannya melahirkan anak kedua ketika fasa Covid-19
Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Anies Surianie.
Sejak artikel ini ditulis, kisah wanita ini telah mendapat lebih daripada 6 ribu shares meskipun kurang 24 jam ia dimuatnaik.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
Bermula sahaja Perintah Kawalan Pergerakan, dia berkata jururawat di Klinik Kesihatan sudah berpesan agar bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital
Bersalin dalam fasa PKP Covid19. Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni.
Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.
1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM
Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami atau waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu² yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot² nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)
Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.
Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung x boleh jenguk isteri dah masa ni.
Saya haritu hanya sorang nurse yg sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak skali. Hehe hanya katillah yg jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua² ibu dan anak selamat.
Wanita ini mengingatkan kepada mereka yang bakal melahirkan anak untuk membuat persiapan yang secukupnya
2. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD
Sediakan barang baby dan ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap-siap nanti senang husband bawa je. Kalau ada gdm atau rasa-rasa kena beranak emergency pun kena prepare awal².
Paling penting bersedia dengan banyak-banyak BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.
Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang-sorang. Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata. tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.
3. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG
Kalau mak atau suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg-beg baju pun guard Yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.
Nasib baik bersalin kat HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.
Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawa barang yg rasa betul-betul diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu didada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita. Mintak suami dan family doakan proses bersalin dipermudahkan.
Selamat berjuang!
Diharapkan agar semua wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi boleh menjadi kuat dan dapat melaluinya dengan baik.