Lebih 15k Retweets, Lelaki Ini Bongkar Apa Kesan Maksiat Pada Diri Seseorang. Take Note!
Allahu...
Seperti yang ramai tahu, manusia secara fitrahnya adalah lebih cenderung menyembunyikan perlakuan dosa dan maksiat daripada pengetahuan orang lain
Apa sebabnya?
Pastilah kerana perasaan malu. Walau bagaimanapun, kewujudan sebahagian orang Islam yang menzahirkan sokongan terhadap perkara dosa dan maksiat adalah lebih menunjukkan realiti ummah yang sedang sakit pada ketika ini.
Menurut laporan Berita Harian, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata bahawa jika umat Islam sudah tidak malu lagi untuk mempamerkan perlakuan dosa mereka, ini bererti fitrah mereka sudah rosak.
Allahu...
Hakikat di sebalik kemaksiatan dan kemungkaran adalah sejenis manusia yang berani melakukan sesuatu yang dibenci serta dilarang Allah SWT.
Untuk mengetahui lebih, baca perkongsian seorang pengguna Twitter @shukery_azizan ini tentang apa 30 kesan maksiat pada diri seseorang yang melakukannya
Perkongsian tersebut telah dikongsikan di laman Twitter miliknya dan berjaya mendapat perhatian ramai dengan 15 ribu retweets dan 14 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Selepas membaca kesemua kesan-kesan maksiat di atas, cuba anda fikir kembali, ada tak yang melekat pada diri sendiri?
Jika ada yang melekat, dinasihati supaya beristighfar sebanyak yang mungkin. Ia merupakan langkah pertama untuk seseorang itu bertaubat dan meminta keampunan Allah SWT.
Selain itu, kita juga diwajibkan untuk menjauhkan diri daripada kemaksiatan itu, kita dilarang untuk menggalak, memberi ruang atau menyetujui kemungkaran yang pernah dilakukan.
Seperti firman Allah SWT, “Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat serta laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk mereka supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”