seismik

Lelaki Dedah Bagaimana Rakan Kena Scam Beli ‘Fake iPhone’ Berharga RM2.5k Walaupun COD

Inilah yang dikatakan harapan hancur menjadi debu.

Cover image via Twitter @iffgone & Youtube @UltimateiDeviceVids

Banyak betul kes scam yang kita dengar sekarang malah ada kes yang boleh dikatakan pelik tetapi benar

Walaupun dah banyak pendedahan yang dikongsikan kepada umum namun begitu masih ada yang terkena dengan taktik licik para scammer ini. 

Apa yang menyedihkan apabila mangsa kehilangan ratusan malah ada yang hingga puluh ribu Ringgit kerana terpedaya dengan scam ini. Selain itu, peratus untuk dapatkan kembali wang yang ditipu itu sangatlah rendah. Oh my! 

Image via Giphy

Terbaru, ada pula kes mangsa ditipu pembeli apabila dia membayar RM2,500 untuk sebuah iPhone XS Max klon yang tidak boleh diguna pakai langsung

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai iffgone mendedahkan bahawa rakannya tertipu dengan taktik licik scammer ini walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga. 

Tambahnya, rakannya bertemu dengan scammer tersebut dan telah memastikan kondisi iPhone itu dalam keadaan baik namun hanya kerana tersilap satu langkah, RM2,500 hangus begitu sahaja. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 5.7 ribu ulang kicau dan 4.4 ribu tanda suka. 


Baca perkongsian penuh di bawah:

Dah sampai rumah baru mangsa sedar yang iPhone tersebut adalah klon akan tetapi nasi sudah menjadi bubur

Susulan itu, ramai yang turut berkongsi pengalaman menjadi mangsa scam

Selain itu, netizen turut memberi nasihat kepada mereka yang ingin membeli barangan elektronik pada masa akan datang supaya double check barang tersebut sebelum membayar

Orang kata kalau bukan rezeki, berhati-hati macam mana pun benda nak jadi, jadi jugalah. Semoga dapat jadikan pengajaran daripada kisah ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: