Ramai Berang Dengan Lelaki Lebihkan Mak Alasannya 'Isteri Boleh Cari Lagi', Kesian Wife!
Kena pergi kursus kahwin lagi kot ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suami isteri yang menjalinkan rumah tangga sudah tentu tahu tanggungjawab masing-masing
Barulah tak sia-sia pergi kursus kahwin. Iyalah, untuk menjaga keharmonian rumah tangga, kedua-dua perlu saling memahami.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di X yang memaparkan luahan hati seorang lelaki tentang utamakan ibu atau isteri telah meraih tumpuan.
Lelaki itu difahamkan memberi ibunya duit sebanyak RM300 manakala isterinya hanya RM150. Alasan lelaki itu membuatkan ramai berang dengannya.
"Ibu cuma 1, hilangnya tiada ganti. Isteri hilang, kita boleh kahwin lagi. Jangan marah ya kaum hawa. Ini prinsipku, ibu lebih utama berbanding isteri" tulisnya.
"Malanglah perempuan kalau kawin dengan lelaki berperangai macam tu" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 700K views, 1K reposts dan 2K likes di X, netizen turut mengecam kenyataan lelaki itu.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!