“Letih” - Gelagat Anak-Anak Letak Mainan Dalam Air Sirap Ini Undang Tawa Ramai
Macam sedap je tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah pasti sudah biasa dengan gelagat dan ragam mereka
Bermacam-macam telatah mereka yang melucukan dan kadangkala memeningkan kepala terutamanya ibu bapa.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok berkenaan seorang wanita menunjukkan gelagat anaknya meletakkan mainan dalam jag minuman telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Si ibu baru nak minum air sirap, ada harimau bintang pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zareszakariaa di TikTok, kelihatan pemilik video membuka peti sejuk dan menunjukkan jag yang diisi air sirap.
Apa yang menghiburkan hati ramai adalah apabila terdapat mainan harimau bintang di dalam jag minuman tersebut. Tidak lain tidak bukan, ini mesti kerja si anak!
“Anak saya letak dinosaur dia dalam peti, dia kata dinosaur panas” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 922.1K views, 62.9K likes dan 1,221 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ramai juga yang berkongsi nasib yang sama melayan kerenah anak-anak.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!