seismik

Malaysia Tewas Dalam Perlawanan Bola Sepak, Reaksi Sayu Lelaki Ini Pula Tarik Perhatian

Alahai, sedih pula tengok.

Cover image via @bojat45 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah permainan sudah tentu ada menang dan ada juga kalah

Walaupun tidak terlibat secara langsung, kebiasaannya peminat atau penonton turut akan terasa effect kemenangan ataupun kekalahan itu.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang budak lelaki mengalirkan air mata di stadium setelah skuad Harimau Malaysia tewas dalam perlawanan bola sepak telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bojat45

Abg tahu perasaan kau dik. Kalau abg kat tempat kau abg pn akan menangis tengok skuad harimau malaya kalah. Abg salute dengan semangat kau habiskan 90 minit berdiri. Teruskan perjuangan demi malaysia. #ultrasmalaya #demimalaysia #ekorharimausejati #untilthelastrebel

Sayang Sampai Mati - Repvblik

Terlalu kecewa melihat pasukan negara tewas sampai tak mampu tahan air mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bojat45 di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di stadium sambil dikelilingi penonton bola sepak yang lain.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila budak lelaki tersebut dilihat sangat sayu serta mengalirkan air mata akibat kekalahan pasukan negara dalam perlawanan malam itu.

“Harap team Malaysia nampak video ni. Bawak adik ni jumpa dengan player-player Malaysia” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 445.3K views, 51.6K likes dan 1,602 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak kecewa betul adik ni. Tak apalah, teruskan support pasukan negara! :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: