seismik

[VIDEO] Enggan Bayar Denda Clamp RM50, Sikap Pemandu Kereta Ini Undang Kecaman Netizen

Dia lagi sanggup repair kereta.

Cover image via @cringemalaysian (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang-undang, termasuklah larangan memarkir kereta di tempat yang tidak dibenarkan

Masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan sesuka hati kerana mereka mungkin dikenakan denda ataupun saman.

Namun, lain pula terjadi dalam video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang pemandu kereta enggan membayar denda clamp telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak mahu bayar denda RM50, rela tanggung kos repair kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cringemalaysian di Twitter, kelihatan salah satu tayar sebuah kereta Honda CR-V telah kena clamp.

Apa yang membuatkan netizen terkejut adalah apabila pemilik kereta tersebut enggan membayar denda yang dipercayai sebanyak RM50 lalu bertindak untuk reverse.

Tindakan itu telah memusnahkan alatan clamp tersebut. Kereta itu juga dilihat mengalami kerosakan di bahagian depan.

“But, bayar clamp tu baru RM50. Kalau buat macam ni, nak repair kereta lagi. Lepastu bayar ganti rugi lagi. Hmm, wow” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 229.1K views, 3,900 retweets dan 266 comments di Twitter, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap tindakan pemandu tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Apapun, benda boleh bincang. Jangan diikutkan sangat amarah, nanti bawa padah.

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: