seismik

[VIDEO] Main Water Sport Sampai Tudung Tercabut, Reaksi Lelaki Ini Pula Tarik Perhatian

Gelak sakan ya dia.

Cover image via @iskandarisoke (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermain water sport bersama ahli keluarga atau rakan-rakan merupakan antara aktiviti yang seronok

Kebiasaannya, aktiviti water sport ini ada di kawasan pantai dan pulau. Oleh itu, ramai pengunjung akan meluangkan masa mencuba aktiviti tersebut.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan dua orang perempuan dan seorang lelaki sedang bermain water sport telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@iskandarisoke

Jangan pakai shawl bila main water sport , risau kepala je tinggal je

I'm Addicted To- SUBAG GOO - SUBAG GOO

Tudung tercabut semasa main water sport, member pula tak tahan gelak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iskandarisoke di TikTok, kelihatan tiga orang rakan sedang seronok bermain water sport.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila tudung salah seorang perempuan itu tercabut gara-gara angin kuat, lalu meninggalkan hanya anak tudungnya sahaja.

Lebih menghiburkan hati adalah apabila rakan di sebelahnya tak tahan gelak melihat situasi perempuan itu. Malah, dia memegang kepala perempuan itu demi menahan anak tudungnya daripada tercabut juga.

“Yang paling gelak sakan lelaki tu. Bukan main eh dia gelak mentang-mentang dia freehair” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 274.5K views, 26.3K likes dan 805 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi dan reaksi mereka sewaktu bermain water sport itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, bukan main lagi dia gelakkan orang ya! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: