seismik

[VIDEO] "Kurang Mahir" - Sekumpulan Anak Muda Ini Kongsi Teknik Pakai Chopstick Guna Tisu

Oh, macam itu rupanya.

Cover image via @_waniyshmsddn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Chopstick merupakan alat makan yang berasal dari negara China dan sudah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia

Selain sudu dan garfu, masyarakat di Malaysia turut gemar menggunakan chopstick lebih-lebih lagi ketika makan mi.

Namun, ramai sahaja yang tidak mahir menggunakan chopstick oleh kerana tidak biasa dan ia bukanlah norma masyarakat kita.

Lain pula yang berlaku dalam video yang tular baru-baru ini memaparkan sekumpulan anak muda menunjukkan cara menggunakan chopstick bagi mereka yang kurang mahir telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak pandai guna chopstick tidak menjadi penghalang buat mereka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_waniyshmsddn di TikTok, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berada di meja makan.

Apa yang membuatkan netizen terpegun adalah apabila mereka menggulungkan tisu pada penghujung chopstick, lalu menjadikan ia lebih mudah untuk dipegang.

Hal ini membuatkan ramai orang teruja dan ingin mencuba teknik yang dikongsikan oleh sekumpulan anak muda itu.

“Thank you dengan ilmu yang diberi. Selalu fail pakai chopstick” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 905.4K views, 94K likes dan 1,038 comments di TikTok, rata-rata netizen terpegun dan berterima kasih atas perkongsian tips oleh mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, tak pernah tahu pula tips ni. Bolehlah cuba nanti sebab admin pun tak pandai pakai chopstick :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: