seismik

[VIDEO] Rider GrabFood Terima Mini Heart Daripada Pelanggan, Kekasih Tampil Luah Perasaan

Ha sudah!

Cover image via @tiyakamal2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang ini, apa-apa sahaja boleh dijadikan konten di media sosial untuk tontonan umum

Jika bernasib baik, ada kemungkinan konten yang dimuat naik itu boleh viral dan memberikan publisiti terhadap pemilik video.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang wanita meluahkan perasaannya selepas melihat video viral kekasihnya diberikan mini heart daripada seorang pelanggan telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tiyakamal2

#stitch with @Gbloom.id Esok tayar hilang jgn Tanya sbb apa #fyp #fyp #foryoupage

original sound - LuckyBoy - LuckyBoy

Video tular di TikTok, tak pasal-pasal masuk FYP kekasih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tiyakamal2 di TikTok, kelihatan seorang rider GrabFood diberikan mini heart oleh seorang pelanggan wanitanya di awal video tersebut.

Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila pemilik video yang merupakan kekasih kepada rider GrabFood tersebut meluahkan perasaannya dan memberitahu bahawa dia tidak cemburu.

Namun, lumrah seorang perempuan sudah pastinya cemburu dan netizen beranggapan bahawa perkara ini akan diungkit sehingga ke anak cucu.

Sebagai balasan, pemiik video sempat berkongsi satu lagi video di mana dia menyapa rider GrabFood tersebut dan meminta fist bump.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@tiyakamal2

Reply to @ayynaa.co takpayah anak cucu , skrg pon dah ungkit #fyp #fyp #foryoupage

original sound - LuckyBoy - LuckyBoy

“Confirm topic ni membawa ke 5 tahun akan datang. Confirm!! Kau standby je la bang” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2.9M views, 189.9K likes dan 5,845 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga tabah lah abang GrabFood tu kalau kena ungkit je :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: