seismik

[GAMBAR] Anak 'Bekerja' Dan Dibayar 'Upah', Idea Kreatif Ibu Ini Boleh Dijadikan Contoh

Alahai, comelnya!

Cover image via Puan Nadzirah Razali/Facebook

Ilmu parenting pastinya adalah berbeza buat setiap ibu bapa di luar sana

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Lain orang lain caranya. Memang benar, mendidik anak-anak sedang membesar adalah sesuatu perkara yang begitu mencabar. Oleh itu, ibu bapa perlu menggunakan kaedah serta pendekatan lebih mudah dan simple untuk membantu si kecil fahami sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Ini kerana anak-anak yang masih kecil diibaratkan sebagai kain putih dan hanya ibu bapa sahaja yang boleh mencorakkan kehidupan mereka bermula dari kecil.

Seperti seorang ibu kepada dua orang anak yang baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai kerana menggunakan cara yang begitu kreatif untuk 'mengajar' anak-anaknya untuk lebih berdisiplin.

Siap buka kedai runcit di rumah!

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Nurafiza Nadzirah Razali, 31, telah berkongsi posting tersebut di laman Facebook miliknya pada 8 April dan sehingga kini berjaya meraih lebih 23 ribu 'shares' ketika artikel ini ditulis. Tidak dinafikan, menarik sungguh kaedah yang digunakan ini.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

"Kedai runcit ibu, dilarang berhutang!"

Kedai Runcit ibu. Buka pukul 10am. Tutup 8pm.

Nak beli kat kedai ibu kena kerja dahulu untuk dapatkan duit.....contoh kerja , ada dah ibu list kan dlm gambar tu. nanti dapat gaji. dengan duit gaji tu anak2 boleh beli di kedai ibu. xda duit, xley beli..... hehehhe. Sebelum nak masuk kedai ibu, mesti cuci tangan dgn hand sanitizer dahulu ya anak2...

opsss buat ayah Muhammad Khairi Azri Samsuddin kalau nak, kena beli jugak yaaaa. xde free2 hahahaah.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Nurafiza kepada Harian Metro, dia mendapat idea untuk mewujudkan ‘kedai runcit ibu’ di dalam rumahnya khusus buat dua anak lelaki yang sedang membesar berumur tiga dan enam tahun.

Oleh itu, dua hero ciliknya itu perlu melakukan perkara yang sudah disenaraikan seperti mengemas permainan, membaca buku dan tidur siang bagi memperoleh wang dan boleh digunakan untuk membeli di 'kedai runcit' tersebut.

Selain itu, ada yang bertanya, duit yang digunakan oleh si ibu duit betul atau tidak?

Jawapannya beli di Shopee sahaja!

‘Kedai runcit’ Nurafiza kini telah mula tular di media sosial selepas idea ini mendapat perhatian warganet yang turut memuji kreativitinya mengawal anak di rumah sepanjang tempoh PKP berjalan

Alhamdulillah, mereka semakin faham untuk kemas mainan masing-masing, mengaji, belajar dan sebagainya dengan rela hati menjadikan saya kadang-kala tidak sampai hati untuk terlalu berkeras dengan mereka.”
Nurafiza Nadzirah Razali

Kreatif, bukan?

Kalau nak cuba buat di rumah bolehlah, tapi harga jangan mahal sangat ye. Hehe.

Dalam pada itu, ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat pula bagaimana cara Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya:

Ilmu 'parenting' ini juga boleh digunakan:

You may be interested in: