seismik

Tolong Jangan Keliru: Lima Haiwan Ini Bukan Babi

Haiwan berhidung pendek, gemuk dan pendek tak semestinya babi.

Cover image via SAYS

Jika anda masih ingat lagi, semasa di sekolah rendah kita pernah belajar tentang haiwan dan kepelbagaian jenisnya

Kita belajar tentang haiwan yang dikategorikan kepada herbivor, karnivor atau omnivor. Kita juga pernah belajar jika haiwan tertentu itu termasuk dalam kumpulan mamalia, reptilia atau amfibia.

Tetapi haiwan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia sudah tentulah babi. Sebut saja babi, silap-silap boleh bikin gaduh dibuatnya.

Image via SAYS

Tetapi, adakah kamu dapat membezakan lima jenis haiwan ini dengan babi? Haiwan-haiwan ini mungkin seiras babi, tapi confirm bukan babi:

1. Tapir

Tapir adalah haiwan yang paling menyerupai babi. Bezanya ia mempunyai hidung yang agak panjang. Walaupun dirinya seiras babi, tetapi ia adalah haiwan yang sama spesies dengan badak dan kuda.

a-z-animals.com

2. Badak

Image via Youtube Adam Ma

Badak ada pelbagai kategori, seperti badak India, badak Sumatera, badak Jawa pun ada. Haiwan mamalia ini mempunyai bentuk seakan-akan babi tetapi bahagian mukanya sangat berlainan. Jadi memang mustahil kalau kamu terkeliru antara babi dan badak.

3. Aadvark

Aadvark mempunyai fizikal muka yang sama dengan babi. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, aadvark mempunyai rupa fizikal haiwan yang lain, seperti telinga arnab dan ekor kangaroo, padahal haiwan aadvark tiada kaitan langsung dengan haiwan-haiwan ini.

nationalgeographic.com

4. Capybara

Walaupun haiwan ini kelihatan seperti seekor babi yang berbulu, tetapi Capybara sebenarnya adalah dari kumpulan tikus yang besar. Capybara tiada di negara kita, tetapi ia boleh dijumpai di pertengahan dan selatan Amerika. Menariknya, haiwan ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti menyalak, berkicau, mengiau dan bersiul. Comel!

5. Wombat

Image via thedodo.com

Wombat adalah beruang kecil berbulu seperti haiwan yang tergolong dalam keluarga Koala Bear dan berasal dari Australia. Wombat ada poket di bahagian belakang dan gigi yang sentiasa tumbuh. Wombat terpaksa mengunyah giginya supaya ia menjadi kecil untuk memudahkan ia makan.

thedodo.com

Dalam lima haiwan yang disenaraikan di atas, wombat mempunyai nasib paling kasihan sekali

Baru-baru ini, sebuah iklan billboard bertemakan Hari Raya yang diletakkan di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur terpaksa diturunkan hanya kerana ramai orang terkeliru menyangkakan wombat yang menjadi karakter dalam iklan tersebut sebagai seekor babi. Aduhai.

Nampak macam babi ke?

Image via themalaymailonline.com

Syarikat pemilik iklan tersebut, Servcorp terpaksa meminta maaf kepada masyarakat Malaysia, khasnya orang Islam kerana memaparkan iklan raya yang mengelirukan. Servcorp adalah sebuah syarikat Australia yang telah lama menggunakan Wombat sebagai maskot syarikat.

Mungkin kamu tak pernah dengar info ini tetapi tahukah kamu zirafah, unta, ikan paus dan rusa sebenarnya berada sekumpulan dengan babi?

Kumpulan ini dinamakan Artiodactyla atau dalam bahasa kurang saintifiknya kumpulan haiwan even-toed ungulate

Terdapat 220 spesies dalam kumpulan ini, dan mereka terbahagi kepada 10 keluarga haiwan. Kesemua haiwan dalam kumpulan ini adalah herbivor dan mempunyai jenis even-toed ungulate, iaitu haiwan yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap. Spesies dalam kumpulan ini hidup di habitat terbuka seperti di padang rumput dan kawasan berair.

Jadi, tak perlulah menghina babi. Bukan saja kerana ia tidak berdosa, tetapi ia juga makhluk Tuhan, sama sahaja macam haiwan-haiwan yang lain.

Selain dari mengetahui serba sedikit tentang dunia haiwan, tahukah anda apa kena-mengena cinta dengan warna merah?

You may be interested in: