[VIDEO] Wanita Selamba Mandikan Anjing Di Bilik Salin Lampin R&R Tapah. Ramai Naik Angin!

Macam-macam perangai manusia ini.

Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang wanita telah membersihkan seekor anjing di dalam sebuah Bilik Salin Lampin di R&R Tapah

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu sedang memandikan anjingnya di atas meja yang disediakan khas untuk para ibu yang ingin menukar lampin bayi masing-masing.

Menurut sumber, wanita terbabit telah ditegur beberapa kali oleh tukang pencuci namun dia tetap meneruskan memandikan anjingnya itu dan mengabaikan teguran yang diterima.

Video tersebut kini juga telah mula menular di laman Facebook.

Perbuatan wanita terbabit telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang dianggap tidak bersivik

Susulan daripada insiden ini, pihak R&R Tapah dan juga PLUS Malaysia Berhad telah mengambil tindakan dengan menyamak Bilik Salin Lampin itu serta meletakkan papan tanda di perkarangan kawasan rehat

Janganlah buat perangai pelik lebih-lebih lagi di kawasan awam!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment