seismik

"Wajib Tahu" - Ini Maksud Sebenar 17 Simbol Menyala Pada Dashboard Setiap Kereta Anda

Jangan tahu simbol pakai tali pinggang keledar je.

Cover image via xtra & Producola

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap dashboard kereta pasti mempunyai banyak penunjuk selain daripada penunjuk meter kelajuan

Banyak juga simbol yang kadang akan menyala, namun ramai yang masih tidak mengambil berat untuk tahu apa maksud simbol warning yang menyala itu. Tambahan lagi, bagi sesetengah kaum wanita, confirm tidak akan diendahkan. Betul ke?

Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan setiap simbol yang ada pada dashboard dan berikan setiap maksud dan fungsi tersebut. Jom ketahui dengan lanjut di bawah!

1. Pintu kereta

Image via Autoroadtax

Simbol ini bermakna salah satu pintu kereta anda tidak ditutup dengan rapat. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan setiap pintu rapat baru simbol menyala ini akan dimatikan. 

2. Minyak dalam tangki

Image via Autoroadtax

Simbol ini menandakan minyak dalam kereta berkurangan, jadi anda disarankan untuk pergi ke stesen berdekatan. 

3. Bateri kereta

Image via Autoroadtax

Kalau simbol ini menyala, ini bermakna caj bateri semakin berkurangan. Apa yang patut anda buat adalah kurangkan penggunaan kuasa bateri seperti penyaman udara, lampu dan radio. Lebih baik anda bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Boleh jadi juga alternator anda mengalami masalah. 

4. Tali pinggang keledar

Image via Autoroadtax

Jika simbol ini menyala, bermaksud anda tidak memakai tali pinggang keledar. Oleh sebab itu, untuk mematikan simbol ini, anda perlu memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan di atas jalan raya. 

5. Amaran EMS (Engine Management System)

Image via Autoroadtax

Segera bawa kenderaan anda ke bengkel jika simbol ini menyala. Ini mungkin disebabkan masalah sensor kereta, sistem pendawaian atau masalah yang lebih serius.

 

6. Brek tangan

Image via Autoroadtax

Pasti semua yang memandu akan kenal simbol ini bukan? Simbol ini bermaksud anda tidak melepaskan brek tangan semasa kereta bergerak. Ingat, anda perlu menurunkan brek tangan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.



7. Lampu bahaya

Image via Carsworld

Lampu ini digunakan untuk memberitahu pemandu lain supaya berhati-hati kerana anda mungkin sedang berhenti disebabkan objek berbahaya. Oleh sebab itu, lepas ini anda tidak boleh memasang lampu tersebut dengan sesuka hati terutamanya semasa hujan. Hal ini disebabkan pemandu lain akan mengganggap kereta anda sedang berhenti. 

8. Lampu suluh tinggi (Main beam headlight)

Image via Autoroadtax

Simbol berwarna biru ini biasanya digunakan semasa di kawasan sunyi, tidak berlampu, gelap seperti jalan kampung. Jangan sesekali anda pasangkan lampu ini kerana lampu ini boleh 'membutakan' pemandu dari arah hadapan. 

9. Suhu enjin

Image via Iluminasi

Lampu ini akan menyala dengan sendiri jika enjin anda terlalu panas. Anda perlu matikan enjin kereta serta-merta kerana berlakunya kebocoran pada radiator. 

10. Minyak enjin/ minyak hitam

Image via Autoroadtax

Lampu minyak enjin menyala sebagai tanda minyak yang semakin berkurangan. Anda perlu bawa ke bengkel untuk periksa sama ada berlaku kebocoran atau tidak.

11. ABS (Advanced Braking System)

Image via Autoroadtax

Jika kenderaan mempunyai sistem ABS, bawa ke bengkel jika simbol ini menyala. Sistem ABS bermaksud Anti-lock Braking System atau sistem brek anti-kunci. ABS berfungsi untuk mengelakkan roda dari terkunci ketika membrek.

12. Beg udara

Image via Autoroadtax

Sekiranya kereta anda dilengkapi dengan sistem beg udara, lampu ini hanya akan menyala untuk memberi amaran kerosakan pada beg udara. Oleh itu, segera bawa ke bengkel untuk dikesan.

13. Amaran lampu kabus

Image via Autoroadtax

Jika anda memandu di kawasan yang berkabus atau hujan lebat, lampu ini akan auto menyala menandakan lampu kabus di depan juga belakang. Cahayanya yang terang boleh memastikan keselamatan pemandu sendiri dan juga pemandu lain. 

14. Air pada wiper

Image via Autoroadtax

Simbol ini menandakan paras air wiper anda mungkin kurang atau berada di bawah paras minimmum. Oleh itu, anda perlu periksa atau menambah air. 

15. Tekanan tayar

Image via Autoroadtax

Jika simbol ini menyala bermaksud tekanan tayar anda tidak seimbang. Tayar anda mungkin kurang angin. 

16. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan

Image via Maukerja

Simbol ini bermaksud TCS berada pada mod off iaitu tidak aktif. TCF merupakan Traction Control System, iaitu istem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Sesuai untuk jalan yang basah dan licin.

17. Pemanas cermin belakang (Demister)

Image via Iluminasi

Lampu ini untuk mengelakkan kabus di bahagian belakang. Jadi anda perlu hidupkan jika ingin pemanas cermin belakang beroperasi. 

Haa, jangan bagi alasan lagi untuk kenal semua simbol ini. Tak rugi pun, untuk keselamatan anda juga!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: