seismik

15 Bukti Kenapa Negara Kita Layak Dilabel #MalaysiaDarulKelakar

Kelakar atau tak kelakar?

Cover image via astroawani.com

"Saya Antara Yang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh," Kata Nazri Aziz

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya.

Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK.

“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

astroawani.com

2. Polis suruh Tun Mahathir berhenti bercakap dalam dialog #Nothing2Hide dan Najib langsung tidak muncul atas faktor "keselamatan".

Polis menyusup ke atas pentas dan mengarahkan Tun Mahathir untuk berhenti bercakap.

Image via therakyatpost.com

Polis naik ke pentas ketika Dr Mahathir berucap di hadapan pelbagai Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan menyuruhnya berhenti bercakap.

Program ini adalah sesi dialog terbuka anjuran SukaGuam, di mana Najib diminta menjawab dan menerangkan isu-isu semasa termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Acara itu dianjurkan dengan tidak tersusun apabila semua pengamal media diberitahu mereka tidak dibenarkan masuk, maka penganjur mengubah fikiran dan kemudian membuat pengumuman bahawa mereka terpaksa meninggalkan dewan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya berkata polis diarahkan agar dialog tersebut dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

therakyatpost.com

Rakaman LIVE drpd PWTC. Tun M sedang berucap dan mic dirampas oleh polis dan mengarahkannya turun.Video pendek ini jelas menunjukkan ketakutan DS Najib sekarang ini.Sebarkan video ini biar semua orang tahu Pak Jib sedang dalam ketakutan dan harus meletak jawatan segera !!!Kredit video: Muhammad Mamzah

Posted by Pencuri Movie on Thursday, June 4, 2015

3. Pelajar ambil selfie semasa majlis konvokesyen di UiTM digantung setahun. Laporan itu bagaimanapun tidak benar tetapi pelajar tersebut diminta mengeluarkan permohonan maaf.

Graduan diploma UiTM, Hasrul Haris Mohd Radzi diminta memohon maaf kerana selfie ini.

Image via www.wanista.com

Tindakan UiTM Melaka menggantung pengajian Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi atas kesalahan merakam gambar potret dirinya (selfie) ketika Majlis Konvokesyen semalam begitu mengejutkan para mahasiswa.

Biro Mahasiswa AMK juga amat sedih dengan tindakan itu. Sepertimana dijelaskan Muhammad Hasrul, tindakannya itu hanya simbolik untuk menunjukkan bakat beliau sebagai graduan jurusan fotografi.

Beliau tetap dikenakan tindakan walau sudah memohon maaf. Perkara ini menunjukkan piawai akademik institusi pengajian tinggi Malaysia yang amat rendah.

Mana letaknya keadilan dalam memberikan hukuman? Adakah ini standard UiTM?

Biro Mahasiswa AMK menggesa agar UiTM bertindak lebih matang dalam menilai dan menjatuhkan hukuman terhadap mahasiswa. Bagaimana mahasiswa hendak matang kalau pentadbir akademik mahasiswa sendiri masih tidak matang?

malaysiakini.com

4. Sebelum ini lambakan pelajar yang mengambil selfie di atas pentas semasa majlis konvo tidak pernah diambil tindakan, malah terdapat juga pelajar yang menari zapin ketika mengambil scroll.

Seorang graduan UIAM mengambil selfie bersama Khairy Jamaluddin ketika di atas pentas.

Image via Twitter @adil_zul

Last year aku selfie atas stage, selamat je aku konvo dengan jayanya - graduan UiTM.

Image via whotalking.com

5. Seorang ibu yang datang jauh dari Sarawak tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi menyaksikan anak perempuannya menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen UiTM, Shah Alam kerana berpakaian "tidak sopan".

This is the outfit I wore the day I was kicked out of my daughter's Graduation at UITM , Shah Alam, because I was...

Posted by Marjorie Abdullah on Wednesday, April 1, 2015

Menurut sumber, kod etika berpakaian bagi majlis konvokesyen UiTM telah menetapkan, para pelajar perempuan serta ibu atau waris wanita yang hadir ke majlis itu hanya dibenarkan memakai baju kurung atau blaus, manakala seluar adalah tidak dibenarkan.

Menurut Marjorie, dia tidak tahu mengenai kod etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM itu kerana dia tinggal di Sarawak. Marjorie juga mendakwa arahan mengenakan pakaian itu tidak dinyatakan dalam kad jemputan.

"Saya tidak sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu," katanya yang mengakui kesilapannya.

Akibat dari insiden itu, anak gadis dan tunangnya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis konvokesyen masing-masing selain dari tidak berpuas hati dengan tindakan UiTM yang langsung tidak mahu bertolak ansur dengan ibunya yang datang dari jauh.

thehypemedia.com

6. Mikrofon Rafizi Ramli dirampas oleh pengawal sekuriti ketika memberi taklimat mengenai GST di UIAM dalam forum 'GST: Between Economic Growth and Social Justice' bersama Lokman Adam.

Rafizi Ramli dikerumuni para pelajar UIAM.

Image via www.malaysiakini.com

Rafizi Ramli dijemput hadir untuk memberi ucapan dalam forum 'GST: Between Economic Growth and Social Justice' bersama Lokman Adam yang dianjurkan oleh Students' Representative Council (SRC) IIUM pada 13 Mei 2015 bertempat di HS Square.

Sedikit sebanyak tentang insiden mikrofon Rafizi dirampas:

Pihak SRC meminta security membenarkan Rafizi berucap sebentar. Guard kelihatan amat resah dan seorang daripadanya merakam setiap butir percakapan rafizi.

Selang 8-9 minit berucap.. Kelihatan seorang security datang ke tengah dgn wajah garang, mendekati saudara Rafizi.

Dan !! Beliau merampas mikrofon dipegang Rafizi dgn kasar..lalu bermulalah rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara Rafizi sempat berkata dgn lantang "mana adab di depan pelajar pelajar."

Kelihatan suasana amat tegang, diiringi boo dan sorakan dari hadirin yang hadir. Semua amat berang kerana majlis diganggu security UIA yang menerima arahan org atas yang bimbang periuk nasi mereka terjejas.

7. Mahasiswa yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan bersuara terus digantung pengajian tanpa diberi peluang kedua.

Adam Adli ditangkap pada tahun 2013 di bawah Akta Hasutan.

Image via kl.coconuts.co

Fahmi Zainol ditahan ketika berpidato di Jalan Gaya di Kota Kinabalu mengenai salah guna kuasa pihak pengurusan UM dan pihak berkuasa ketika menganjurkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image via www.themalaysianinsider.com

Antaranya Adam Adli, Safwan Anang, Fahmi Zainol dan juga kes terbaru melibatkan lapan siswa UM. Di manakah letaknya kebebasan bersuara mahasiswa?

malaysiakini.com

8. Seorang pedofilia, Nur Fitri diberi peluang kedua untuk menyambung pelajaran walaupun telah melakukan jenayah yang dianggap "paling melampau yang pernah dilihat", hanya kerana dia seorang pelajar yang bijak

Nur Fitri Azmeer Nordin memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Image via themalaysianreserve.com

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mahu memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya, Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.

Ahli Majlis MARA, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata pelajar berusia 23 tahun itu akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.

“Saranan ini adalah sebagai tanda sokongan kepadanya. Secara peribadi, saya bersetuju. Kita berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya."

“Laporan pihak penjara menunjukkan bahawa dia berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan, maka adalah wajar untuk kita memberinya sokongan semula,” ujar Nazir.

Terdahulu, MARA dilapor menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri setelah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London.

astroawani.com

9. Seorang bapa, Bunya Jalong yang merogol anaknya sendiri menggunakan jari sehingga mengandung dibebaskan dengan alasan bahawa tiada penetrasi zakar berlaku, manakala penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol

Bunya Jalong (kanan) dibebaskan dari tuduhan merogol anaknya sendiri.

Image via kualalumpurpost.net

Mahkamah Rayuan Kuching membebaskan Bunya Jalong daripada tuduhan merogol anak sendiri kerana hanya memasukkan jarinya yang berlumur air mani dan bukannya penetrasi zakar.

Tertuduh, 60 tahun dibebaskan daripada hukuman asalnya selepas mahkamah rayuan mendapati empat sabitan kes rogolnya ‘tidak kukuh’.

Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut yang membuktikan undang-undang sivil kini tidak mampu membela mangsa.

Pada 2013, dia didapati bersalah merogol anaknya berusia 15 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.

Walaupun ujian DNA membuktikan bahawa Bunya merupakan bapa kepada anak mangsa, kerana ketiadaan penetrasi zakar ke dalam faraj menjadikan perbuatan itu bukan rogol.

kualalumpurpost.net

10. Seorang wanita warga Sabah, Persana Avril Sollunda boleh dipenjara maksimum tiga bulan sahaja atau denda atau kedua-duanya, kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam, walaupun didapati positif dadah methamphetamine

Persana Avril Sollunda menanggalkan pakaiannya ketika terlibat dalam satu perbalahan di Jalan Petaling.

Image via alvin79.blogspot.com

Pada Sabtu, 25 April 2015, polis menahan seorang wanita dari Sabah, yang mana videonya menanggalkan jaket, baju dan coli di kawasan pelancongan popular selepas bergaduh dengan pemilik sebuah restoran nasi ayam kerana enggan membayar selepas makan di situ telah tersebar dalam Internet.

Pada Ahad, polis yang berjaya menjejaki dan menahan wanita berkenaan mengesahkan bahawa dia positif methamphetamine.

Jika didapati bersalah dia berdepan dengan hukuman sehingga tiga bulan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

mstar.com.my

11. Mahkamah Rayuan Negeri Sembilan membenarkan golongan lelaki transgender untuk berpakaian seperti wanita. Hukuman terhadap golongan ini dianggap melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Sebilangan aktivis transgender bersorak di luar Mahkamah Rayuan selepas keputusan dicapai sebulat suara.

Image via www.ibtimes.co.uk

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan 1992 yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Mohd. Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami kecelaruan identiti jantina (GID) terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

Ini kerana, menurut beliau, undang-undang tersebut telah menghukum golongan transeksual yang mempamerkan jantina pilihan mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu-individu tersebut dalam masyarakat.

Menurut beliau, mahkamah menerima hujahan perayu bahawa sebagai lelaki Islam yang mengalami GID, mereka menghadapi situasi yang berbeza jika dibandingkan dengan lelaki Islam yang normal, dan disebabkan perbezaan itu, mereka tidak seharusnya dilayan sama seperti lelaki Islam yang normal.

utusan.com.my

12. Dikala rakyat dihimpit GST, gaji dan elaun untuk semua Ahli Parlimen dinaikkan sebanyak 40% kepada RM16,000 sebulan. Ia dikhabarkan bakal memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Melalu kadar baru itu, elaun Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 kepada RM16,000 sebulan berbanding RM11,000 sebelum ini.

Ketika ini, Ahli Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan dan elaun bulanan RM5,000.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Menerusi pindaan yang dibuat, Ahli Dewan Negara menerima kenaikan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000.

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikan sebanyak RM11,000 kepada RM31,000 (RM20,000) manakala timbalan masing-masing menerima kenaikan RM4,000 kepada RM20,000 (RM16,000).

freemalaysiatoday.com

Punca Kenaikan Gaji Ahli Parlimen Malaysia 2015:

(a) Beban tugas dan keperluan kewangan wakil rakyat dalam menjalan tugas.

(b) Tugas-tugas ahli parlimen bertambah berat.

(c) Rakyat menganggap wakil rakyat sebagai tempat memohon bantuan kewangan.

(d) Kenaikan kos sara hidup yang mencabar, bayar gaji pemandu/ pembantu, kos perjalanan dan bil telefon bimbit.

melvister.com

13. Datuk Ahmad Maslan berkata golongan berpendapatan rendah tidak perlu bimbang dengan GST kerana kebanyakan cukai dikenakan hanya melibatkan perniagaan yang nilai jualannya melebihi RM500,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perniagaan kecil atau tidak mencapai nilai jualan RM500,000 tidak akan dikenakan GST, sekali gus memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk membeli barangan di kedai-kedai berskala biasa.

"Jadi apa yang hendak dirisaukan oleh orang biasa kerana GST kebanyakannya melibatkan orang kaya. Banyak kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, sektor kewangan, sistem pengangkutan, eksport dan barang makanan tidak dikenakan GST."

"Malah, pelbagai manfaat lain bakal diperoleh sekiranya GST dilaksanakan termasuk berlakunya penurunan harga barangan serta pengurangan kos perniagaan apabila pengilang dan pemborong sudah boleh membuat tuntutan daripada kerajaan," katanya.

utusan.com.my

14. "Ekonomi telah membuka peluang 1.5 juta pekerjaan baru dalam 5 tahun lepas dan menjadikan kadar pengangguran Malaysia yang paling rendah di dunia," ujar Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Image via www.malaysia-chronicle.com

Datuk Seri Najib Tun Razak: "Penambahbaikan sedang berlaku di depan mata kita. Tetapi saya tahu bahawa ramai akan melihat kepada yang buruk dan terus bercakap mengenai khabar angin, perkara separuh benar dan putar belit yang tidak berkesudahan."

"Mereka terus percaya bahawa 'akhir amat dekat' dan bahawa pembangkang akan menang. Ia merupakan dakwaan yang dibuat berulang-ulang kali dalam tempoh lima dekad yang lalu, namun kita masih di sini."

"Walaupun semua orang bebas untuk mengkritik saya dan menyenaraikan semua 'kegagalan' saya, ia juga penting untuk menyedari sejauh mana pencapaian kita dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu."

bernama.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Image via www.rakyatnews.my

Siswazah yang menyelesaikan pengajian mereka sejak 6 bulan adalah antara 400,000 individu yang sedang menganggur dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Katanya, menurut perangkaan, 161,000 siswazah atau 8.8% belia, berusia antara 20 dan 24 tahun, masih mencari pekerjaan.

themalaysianinsider.com

15. Kerajaan yakin Proton mampu bersaing dengan kereta import kerana ia setanding dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda

Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa berkata perkara itu berasaskan penarafan lima bintang daripada Australasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP berhubung ciri-ciri keselamatannya.

“Pengeluaran model-model kereta Proton terbaru mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kereta-kereta yang diimport."

“Penarafan ini membuatkan model-model kereta Proton adalah setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” kata menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata ciri-ciri model Proton ini digabung dengan ciri pemanduan dan pengendalian Lotus (pemanduan selesa dan kawalan tepat) yang mencetus prestasi unit serta memberikan mutu yang memuaskan.

Katanya lagi, model Preve, Suprima S dan Iriz dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).

malaysiakini.com

Ada lagi yang kami terlepas? Kongsikan kepada kami melalui Facebook dan Twitter. Idea anda mungkin akan dimasukkan ke dalam artikel ini di masa akan datang.

Dalam pada itu, baca jawapan Najib mengenai segala tuduhan dan dakwaan terhadap kepimpinannya sebagai seorang Perdana Menteri DI SINI:

You may be interested in: