seismik

Malaysia Dilapor Negara Asia Ketiga Paling Ramai Ada 'Sugar Daddy'. Tak Sangka!

Wanita memilih lelaki berusia atas pelbagai sebab.

Cover image via Suria KLCC & Dream Holiday Asia

Malaysia dengan 42,500 sugar daddy berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia di belakang Indonesia dengan 60,250 orang

Sementara itu, India pula mengungguli senarai 10 teratas di Asia dengan 338,000 atau 61% daripada jumlah keseluruhan 556,000 sugar daddy di negara itu menerusi laman sesawang temu janji terbesar di dunia iaitu SeekingArrangement.

Menerusi laporan, syarikat itu memberitahu negara dengan kadar pendidikan tinggi terbukti lebih rentan terhadap aliran ini berikutan pelajar dibebani hutang.

Dikatakan Malaysia mencatat hutang tertunggak pinjaman pelajar sebanyak RM39 bilion pada 2018.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Rakyat Post

Ramai wanita mencari lelaki lebih berusia atas pelbagai sebab

Bukan itu saja, keputusan yang sama turut dicatatkan di Korea Selatan dan Jepun dengan masing-masing mencatat 90% dan 76% dari segi keutamaan terhadap pendidikan tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement Brandon Wade, beliau berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir. Ini telah mendorong lebih banyak wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan.

"Pentas seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya atau mewah"

"Mereka bukan sekadar menyelesaikan masalah kewangan wanita terbabit, malah menjadi mentor atau batu loncatan bagi masa depan lebih baik untuk 'sugar babies' berkenaan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Red Book

Beliau juga menambah bahawa ekonomi Asia yang berkembang pesat turut menarik banyak pelabur asing untuk melebarkan perniagaan mereka di rantau ini.

Jadi tidak hairanlah mengapa Asia menjadi negara utama temu janji bagi sugar daddy dan sugar baby ini terutama dalam kalangan penduduk bandar.

Selepas Malaysia, Jepun berada di tempat keempat dengan 32,500 sugar daddy diikuti Hong Kong di tempat kelima (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000), Sri Lanka (5,000) dan Kemboja (3,500).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: