Mamasab Tawar 3,000 Biji Kek Percuma Sempena Hari Ibu, Guru & Jururawat Sepanjang Mei Ini
Mamasab turut akan hadiahkan 1,000 biji kek lagi menjelang sambutan hari bapa pada bulan Jun nanti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Meraikan kemeriahan hari bermakna pada bulan Mei ini, jenama kek tempatan terkenal, Mamasab tampil menghadiahkan 3,000 biji kek kepada penerima bertuah
Antara penerima bertuah yang layak adalah terdiri dari golongan ibu, para guru dan jururawat.
Pengasasnya, Siti Noor Sabrina Soobri berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah bersempena kempen hari ibu, hari guru dan hari jururawat yang disambut pada bulan Mei ini.
"Ini adalah program kempen pertama yang kami lakukan untuk meraikan para ibu, guru dan jururawat yang menyokong kami sejak awal lagi.
"Selain itu, ia juga untuk meraikan para ejen kami dengan aktiviti sosial sebegini dalam menggerakkan momentum kearah lebih aktif," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Mamasab semalam.
Sebanyak 1,000 biji kek percuma lagi akan disediakan menjelang sambutan hari bapa
Jelasnya lagi, program CSR yang dilakukan ini secara tidak langsung menggembirakan dan menceriakan terutama golongan wanita yang banyak berkorban.
"Kita hadiahkan 3000 biji kek dan hebahkan keseluruhannya secara dalam talian.
"Saya tidak menyangka sambutan dari orang ramai amat luar biasa, mereka memohon dengan mengisi borang secara online dan pihak kami akan meneliti permohonan dan terus membuat penghantaran melalui kurier," kongsinya.
Siti Noor Sabrina juga meluahkan rasa syukur dan teruja dengan sambutan dan penghargaan yang diterima.
"Alhamdulillah, bukan sahaja ada yang memohon kek percuma namun turut membeli kek dan ini sekali gus meningkatkan promosi dan jualan," ujarnya.
Dalam pada itu, Mamasab akan menghadiahkan 1,000 biji kek lagi menjelang sambutan hari bapa pada bulan Jun nanti.
Dalam perkembangan lain, Mamasab turut menyasarkan pembukaan 300 cawangan mini dan peningkatan 100 orang master stokis serta 20,000 ejen jualan seluruh Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!