Mampukah Mereka Berdikari Tanpa Anda? - Masa Depan Keluarga Terjamin Dengan Adanya Ini
Jika sayangkan anak-anak, sediakan keperluan yang sepatutnya untuk mereka bermula dari peringkat awal.
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat keluarga. Salah satu matlamat adalah memastikan insan tersayang dijaga walaupun tanpa kehadiran mereka
Perlindungan buat anak-anak dan keluarga adalah perkara yang paling penting untuk memastikan masa depan mereka terjamin walaupun setelah ketiadaan anda.
Anda masih berpeluang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan keluarga anda perlindungan yang diperlukan dari peringkat awal.
Tidak semestinya anda perlu menunggu waktu tua untuk memberikan semua itu, bukan? Lebih awal adalah lebih baik.
Sayangi dan lindungilah keluarga anda.
Anda ingin melindungi legasi yang telah dibina? Ingin memastikan keluarga anda mendapat manfaat yang sepatutnya?
PruBSN menawarkan produk yang akan memastikan warisan anda terjamin dan teguh.
Memperkenalkan PruBSN Warisan. Satu produk yang berasaskan Hibah bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat keluarga tersayang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada anda.
Pelan ini juga merupakan pelan takaful yang berkaitan dengan pelaburan yang menawarkan perlindungan yang tinggi. Oleh itu, insan tersayang anda akan dapat dilindungi dalam jangka masa yang lama.
Apakah manfaat yang akan diterima dengan adanya PruBSN Warisan ini?
Sara Hidup Keluarga - Dengan adanya PruBSN Warisan ini, insan tersayang anda mampu untuk meneruskan hidup mereka seperti sedia kala kerana mereka akan menerima pampasan dari minimum RM250,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada anda.
Hibah - PruBSN Warisan adalah produk yang berasaskan Hibah. Oleh itu, orang yang tersayang akan dapat menerima kesemua pampasan tanpa perlu mengharungi prosedur Faraid yang rumit.
Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Yang Tinggi* - Melalui PruBSN Warisan, anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan walaupun untuk jumlah perlindungan yang tinggi sehingga RM1,500,000.
*Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi
Jangan lepaskan peluang seperti ini untuk mendapatkan pelan yang terbaik bagi memastikan hidup insan tersayang lebih terpelihara dan terjamin