seismik

"Masa Ni Paip Nak Pecah" - Ketua Rumah Bersuara, Cadang Kedai 'Hardware' Dibuka Ketika PKP

Macam-macam lahai netizen...

Cover image via desainrumah

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini diketahui bertujuan untuk memutuskan rantaian penyakit wabak Covid-19

Image via penangkini

Dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak dari 18 Mac hingga 14 April depan, pergerakan setiap individu telah dibataskan malah pelbagai sektor perniagaan juga terpaksa ditutup terlebih dahulu ketika ini.

Selain itu, ramai dalam kalangan individu juga perlu melakukan pekerjaan dari rumah sahaja. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa ketika ini masa majoriti rakyat Malaysia sememangnya banyak dihabiskan di dalam rumah.

Di Twitter, terdapat 'keluhan kecil' daripada rakyat yang mengharapkan agar kedai hardware dapat dibuka ketika tempoh PKP berlangsung

Menerusi satu tweet yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama HarisAdams23, secara berseloroh dia mengharapkan agar kerajaan boleh membenarkan kedai hardware ataupun Mr. DIY beroperasi ketika ini.

Ini kerana menurutnya, ketika inilah peluang untuknya memperbaiki keadaan rumah seperti membetulkan tombol pintu yang sudah rosak, menukar paip yang telah pecah, mengecat dinding rumah dan pelbagai lagi.

Tanpa diduga, pandangan yang dibuat oleh individu itu telah mendapat sokongan luar biasa daripada netizen

Setiap orang ada pandangan masing-masing kan? Tapi tak apalah harap semua dapat terus bersabar, sikit sahaja lagi k.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 1, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Wednesday, April 1, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi banyak artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: