seismik

Masih Belum Terlambat, Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Anda Segera Sebelum 15 November

Bayaran akan dibuat pada Januari 2021 bagi permohonan baru yang lulus.

Cover image via Harian Metro & South China Morning Post

Orang ramai bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional diminta melakukannya selewat-lewatnya 15 November ini

Jika anda memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diminta supaya memohon BPN 2.0 dengan kadar segera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberitahu orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini tetapi layak memohon perlu melakukan selewat-lewatnya Ahad ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

BPN 2.0 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, BPN 2.0 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Kita Prihatin.

Ianya adalah bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, bagi permohonan baru yang lulus, pembayaran akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Permohonan boleh dibuat secara manual atau dalam talian

Justeru, bagi memohonya orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/  atau penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara)
  • HASiL Live Chat 
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM

Mohon sekarang sebelum terlambat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: