"Masih Berbisa" - Tular Video Datuk Ayob Khan Sekali Lagi Tunjuk Aksi Tebar Roti Canai
Bukan biasa-biasa!
Ketegasan dan keberanian Dato Ayob Khan, bekas Ketua Polis Johor sepanjang perkhidmatannya sering mendapat pujian masyarakat
Namun, ramai yang tidak tahu tentang kebolehan tersembunyi yang dimilikinya sejak turun-temurun.
Baru-baru ini, tular kembali satu video di Twitter berkenaan aksi seorang bekas Ketua Polis Johor, Dato Ayob Khan Mydin Pitchay menebar roti canai telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Tebar roti canai macam dah banyak pengalaman
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @jllmisai di Twitter, dilihat aksi Dato Ayob Khan menebar roti canai di sebuah warung.
Apa yang lebih menarik adalah ramai yang baru mengetahui bahawa beliau sejak kecil lagi sudah membantu bapanya memperusahakan warung roti canai di Tanah Merah, Kedah.
Malah, rakaman tersebut juga turut memperlihatkan reaksi kagum isteri kepada Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail dengan aksi Dato Ayob Khan itu.
"Dia memang penebar roti canai la dari kecik dengan ayah dia" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 286K tontonan, 369 retweet dan 1.1K tanda suka, rata-rata netizen turut kagum dengan bakat yang dimiliki oleh beliau.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!