seismik

Masjid Menara Merdeka 118 Kini Dibuka Untuk Orang Awam, Elegan Dengan 'Breathtaking View'

Cun, dah jumpa tempat solat Jumaat yang baru.

Cover image via @faisalmaps (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menara Merdeka 118 secara rasminya telah dilancarkan pada 10 Januari yang lalu oleh YDPA

Bukan itu sahaja, sebuah masjid baru di kawasan itu, Masjid Al-Sultan Abdullah juga telah dirasmikan oleh YDPA pada hari yang sama.

Baru-baru ini, tular sebuah video perkongsian @jul_hilmi di TikTok memaparkan lelaki itu merakam perjalanannya untuk solat Jumaat di masjid tersebut.

Menerusi video tersebut, lelaki itu menunjukkan cara-cara untuk ke masjid berkenaan dan memaparkan suasana dan persekitaran di sekitar masjid.

Dilihat mempunyai persamaan dengan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Pembukaan masjid ini juga dikongsi oleh seorang pengguna aplikasi X menunjukkan suasana dan persekitaran yang lebih terperinci di masjid berkenaan.

Menerusi hantaran oleh @faisalmaps itu, dia meletakkan beberapa rakaman persekitaran masjid tersebut semasa solat Jumaat di sana.

Menurutnya, perasaan semasa di masjid itu seakan-akan berada di KLIA disebabkan reka bentuk bumbungnya mempunyai persamaan.

"Geng-geng solat Jumaat Masjid Negara boleh kurangkan crowd sana dan beralih ke Masjid PNB 118 (Masjid Al-Sultan Abdullah).

"Habis je solat boleh menikmati view PNB 118 atau sambung shopping dekat Merdeka Mall.

"Somehow masjid ini feel dia macam dekat airport KLIA sikit sebab design roof dia ada persamaan.

"Tempat ambil wudhu dia agak limited & kecil untuk handle big capacity susah juga, tak pasti kalau ada tempat ambil wudhu lain akan datang," tulisnya di platform X.

Image via @faisalmaps (X)

Lihat video dan thread penuh di bawah:

Masjid dah lawa, dapat pula tengok view Menara Merdeka 118. Wow!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: