seismik

‘McD Bukan Tempat Study’ - Pelajar Suruh Budak Bising Diam Kena ‘Sound’ Dan Diminta Keluar

Mekdi tempat makan, bukan tempat study.

Cover image via Twitter @anas_cik & google

Sudah menjadi trend di mana para pelajar menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat alternatif untuk belajar

Dahulu, perpustakaan menjadi pilihan utama pelajar untuk belajar kerana mempunyai sumber yang banyak seperti buku, surat khabar dan jurnal. 

Namun dengan kemajuan teknologi kini, para pelajar boleh mendapatkan semua informasi di hujung jari sahaja dengan syarat, mereka mempunyai akses terhadap internet. 

Tambahan pula, restoran makanan segera ini memberikan kemudahan internet percuma menjadikan ia pilihan pelajar untuk belajar. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT

Walaupun perkara ini dilihat normal namun begitu, persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak restoran makanan segera ini dijadikan port pelajar untuk belajar?

Tular di Twitter foto seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah restoran makanan segera popular bersama sebuah kadbod besar yang bertulis 'Mcd tempat makan, bukan tempat study'. 

Selain itu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Cik Anas, turut berkongsi kisah berkaitan pelajar yang belajar di McDonald's dan menegur dua kanak-kanak yang bising hingga mengganggu fokus mereka untuk belajar. 

Akan tetapi, muncul seorang wanita yang menegur kembali pelajar tersebut mengatakan bahawa restoran makanan segera sememangnya akan bising kerana dipenuhi orang. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu mendapat hampir 27 ribu ulang kicau dan 18.6 ribu tanda suka.  

Baca perkongsian penuh di bawah:

Tambahnya lagi, dia memahami jika ada yang ingin belajar di situ namun harus memahami bahawa ia adalah tempat awam maka pastinya akan bising dan dipenuhi orang ramai

Susulan itu, warganet memberikan pandangan mereka mengenai perkara itu

Tidak menjadi kesalahan pun kalau nak belajar di restoran makanan segera. Cuma mungkin jika inginkan suasana yang senyap, bolehlah datang pada waktu yang bukan peak hour.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: