Tony Fernandes Bakal Buka Restoran Makanan Segera Berasaskan Menu Dalam Flight AirAsia
Restoran tersebut akan dinamakan 'Santan'.
Anda sukakan hidangan yang disediakan dalam penerbangan AirAsia? Menu famous iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dan juga Nasi Ayam Uncle Chin yang digemari ramai.
Setiap kali naik penerbangan AirAsia, pastinya akan tertunggu-tunggu untuk dihidangkan menu-menu lazat tersebut.
Memang sedap!
Berita baik untuk semua!
Kini anda boleh mendapatkan menu famous yang dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dengan hanya membelinya di sebuah restoran yang dipanggil 'Santan.'
Setelah sekian lama beroperasi, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia iaitu Tony Fernandes mengatakan bahawa pihak mereka bercadang untuk membuka sebuah restoran makanan segera yang berasaskan menu dalam penerbangan tersebut.
Menurut laporan The Star, Santan merupakan nama untuk setiap menu dalam penerbangan AirAsia dan telah dilancarkan pada bulan Mei 2017 dan dipasarkan sebagai 'gourmet in-flight dining experience'.
"Saya rasa makanan yang kami sediakan begitu lazat. Sebab itulah kami akan membuka restoran makanan segera yang bakal diberi nama Santan."
Tony juga menjelaskan bahawa rasa dan harga makanan dalam penerbangan sering menjadi cabaran tetapi pihak AirAsia percaya bahawa dengan adanya Santan, mereka mampu mencipta jenama restoran pertama di langit yang lazat dan berpatutan
Sumber: The Star | Economy Traveller | Straits Times