seismik

Panik Kereta Tiba-Tiba Berhenti Tengah Jalan? Ini Cara Mudah Tolak Kereta Seorang Diri!

Yang berbadan kecil pun boleh tolak kereta seorang-seorang!

Cover image via @carlsonchia_oe

Pernah tak berdepan dengan situasi kereta tiba-tiba rosak di tengah jalan? Lagi tak best bila tengah berseorangan waktu itu.

Sesiapa sahaja yang berdepan dengan situasi kereta rosak di tengah jalan pasti akan berasa panik lebih-lebih lagi ketika sedang berseorangan.

Image via OhBulan

Sudahlah dengan bunyi hon dari kenderaan lain yang berada di belakang, sudah tentu otak akan tiba-tiba jadi 'blank' tidak tahu nak buat apa.

Nak alihkan kereta ke tepi jalan pula rasa diri ini tidak cukup kuat. Iyalah, mana mampu nak tolak kereta seorang diri. Tapi sebenarnya, ada caranya!

Baru-baru ini tular video dari laman TikTok mengajar cara untuk menolak kereta sekiranya sedang bersendirian.

Menariknya, yang berbadan kurus dan kecil pun boleh buat!

Dalam video tersebut, seorang mekanik secara santai telah berkongsikan tips dan cara-cara untuk menolak kereta apabila sedang bersendirian:

  1. Tekan butang double signal.
  2. Tukarkan gear ke N.
  3. Turunkan handbrake.
  4. Turunkan cermin sehingga habis.
  5. Tarik habis safety belt dan tutup pintu.
  6. Masukkan badan ke dalam safety belt.
  7. Tangan di stereng kereta dan tolak kereta.

Ternyata cara yang ditunjukkan mekanik ini memang membantu sekiranya kita berdepan dengan situasi tidak terjangka ini. 

Bukan sekadar itu sahaja, akaun TikTok @carlsonchia_oe turut berkongsikan beberapa video tips menarik berkenaan kereta dengan cara yang santai dan mudah difahami

Antara video menarik daripada Carlson:

1) Cara mengisi angin tayar:

2. Cara pilih brek pads berkualiti:
3. Tips baiki wiper berbunyi:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: