seismik

MPP UiTM Shah Alam Bantah Cadangan Ambil Pelajar Non-Bumi, Ini Keputusan Naib Canselor

UiTM di hatiku.

Cover image via Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar berkata, UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di universiti berkenaan

Berikutan isu berkenaan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengadakan kempen supaya mahasiswa memakai pakaian hitam pada Khamis sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.

@mppuitmshahalam SABTU | 04 MEI 2024 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [KENYATAAN RASMI PEGANGAN TEGUH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM KEPADA ASAS DAN PRINSIP UiTM] Merujuk kepada perkara di atas,kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM berpegang teguh dengan asas dan prinsip UiTM yang dimana universiti ini ditubuhkan berlandaskan kepada perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjadikan ia satu tanggungjawab dalam menyokong usaha untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Akta 173 yang memberi gambaran bahawa UiTM ini adalah satu hak keistimewaan yang perlu dijaga oleh warganya. Dalam aspek nasional, UiTM tertubuh atas semangat kontrak sosial yang selaras dengan aspirasi perlembagaan negara yang menjamin hak semua pihak serta berhubungkait dengan sejarah penubuhan negara bangsa. Dengan itu, kami menyeru semua warga UiTM dan semua rakyat Malaysia mendalami serta menelusuri kepada matlamat penubuhan UiTM yang dimana ia menjaga golongan Melayu dan Bumiputera di samping membela nasib mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi. Sekian, terima kasih. “Aspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2023/2024 #UiTMDiHatiku #22Cakna #MPPEraBaharu original sound - MPP UiTMSA

Walau bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus mengekalkan dasar pengambilan pelajar sedia ada bagi memberi perhatian kepada agenda pemerkasaan bumiputera dengan lebih baik.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib berkata tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar oleh mana-mana mesyuarat.

Beliau yang juga Pengerusi Senat UiTM turut menegaskan, pihak universiti akan terus berpegang teguh dengan prinsip penubuhannya seperti yang tertulis dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya ingin tegaskan bahawa pengambilan pelajar sedia ada akan terus dikekalkan dan tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar ini dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.

"Pendirian ini adalah sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang turut menekankan objektif asal penubuhan UiTM.

"Kami akan terus menjalankan misi dan visi institusi ini untuk memperkasakan Bumiputera," katanya.

Datuk Dr Shahrin juga berkata, semua mahasiswa perlu memberi fokus terhadap pelajaran bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan. Menurutnya, UiTM akan terus menjadi institusi pendidikan tinggi yang memartabatkan bumiputera melalui peluang pendidikan berkualiti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: