seismik

Nak Cuba Menang RM100 Setiap Hari & Hadiah Lumayan? Jom Scan & Pay Guna Aplikasi MAE!

Semua yang ada apps MAE layak untuk menang tau.

Cover image via Smart Mockup (Disunting oleh SAYS) & Maybank2u

Semakin menjelang Raya, sudah tentu pelbagai barangan yang perlu dibeli untuk membuat persiapan di rumah bukan?

Berita gembira untuk semua, anda mungkin layak untuk memenangi wang tunai sebanyak RM100 setiap hari dan peluang memenangi Proton X50 tau. Haa, dah alang-alang banyak membeli dekat pasar raya tu, apa kata anda guna Scan & Pay dalam aplikasi MAE?

Lebih banyak anda Scan & Pay, lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah yang lumayan. Wah, siapa tak nak kan? Nak tau cara nak menang? Jom muat turun aplikasi MAE!

Image via GIPHY

Menangi cashback wang tunai sehingga RM100 setiap hari!

Caranya mudah saja, anda hanya perlu Scan & Pay dengan pembelian RM30 minimum dalam satu transaksi. Sempena bulan Ramadhan dan Raya ini, mesti banyak yang nak dibeli bukan?

Nak beli makanan dan kuih untuk keluarga di bazar Ramadhan? Guna Scan & Pay, tak perlu bersesak-sesak dan tunggu lama untuk bayar. Nak shopping raya pun, tinggal Scan & Pay saja bila nak bayar baju, barang rumah, perabot dan lain-lain.

Lebih banyak anda guna Scan & Pay, lebih banyak peluang untuk anda menang tau! Kempen Raya IstiMAEwa ini bermula daripada 22 April hingga 31 Mei 2022.

Anda mungkin berpeluang untuk:
- Menang cashback sehingga RM100 (1 peluang dalam sehari)
- Bermain Raya IstiMAEwa game sebanyak 1 kali
- Tersenarai dalam cabutan bertuah Proton X50 dan wang tunai sehingga RM5000

Bukan setakat itu, lengkapkan persiapan raya anda dengan berikan e-Duit Raya kepada yang tersayang!

Sejak dunia dilanda wabak yang berjangkit ini, ramai yang bertindak lebih berwaspada dan berhati-hati dalam semua perkara.

Tidak terkecuali semasa memberi duit raya. Guna saja aplikasi MAE untuk memberi e-Duit raya kepada rakan-rakan, saudara-mara dan keluarga tercinta. Bukan saja mudah, ia juga lebih selamat!

Paling best, anda layak untuk memenangi hadiah menarik. Caranya mudah saja, anda hanya perlu memberi e-Duit Raya sebanyak RM5 minimum pada 22 April hingga 31 Mei 2022.

Anda akan berpeluang untuk:
- Bermain Raya IstiMAEwa game sebanyak 2 kali
- Tersenarai dalam cabutan bertuah Proton X50

Image via Maybank2u

Ayuh muat turun aplikasi MAE dan join peraduan Raya IstiMAEwa game sekarang!

Anda bukan saja dapat cashback, baucar dan wang tunai tau. Anda berkemungkinan memiliki Proton X50! 

Yang penting, anda perlu membuat transaksi di aplikasi MAE seperti: 
- Bayar Zakat Fitrah
- Bayar bil
- Tambah nilai prepaid
- e-Duit Raya
- Pesan makanan melalui Sama-sama Lokal
- Scan & Pay

Tunggu apa lagi? Jom ikuti peraduan ini dan menang pelbagai hadiah yang ditawarkan!

Untuk info lebih lanjut, klik sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022